Tuesday, May 12, 2009

My Soul

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, May 12, 2009 0 comments
that I would be good even if I did nothing

that I would be good even if I got the thumbs down

that I would be good if I got and stayed sick

that I would be good even if I gained ten pounds



that I would be fine even if I went bankrupt

that I would be good if I lost my hair and my youth

that I would be great if I was no longer queen

that I would be grand if I was not all knowing



that I would be loved even when I numb myself

that I would be good even when I am overwhelmed

that I would be loved even when I was fuming

that I would be good even if I was clingy



that I would be good even if I lost sanity

that I would be good

whether with or without you

Thursday, May 7, 2009

Perjanjian

Posted by Dee Lunatik at Thursday, May 07, 2009 0 comments
Pernah tak korang membuat perjanjian dengan induvidu tertentu yang mana perjanjian itu bakal melibatkan masa depan korang??? Dengan kata lain berjanji untuk melakukan sesuatu dengan seseorang pada benda yang tak korang pon tak pasti.Hurmm peningkan nak faham aper yang aku cakapkan ni. Okay aku ceritakan kisah yang sebenarnya.

Semuanya bermula pada satu malam yang sunyi sewaktu aku dan kawan aku sedang duduk minum di sebuah warung kecil untuk melepak. Malam tu macam-macam yang kitaorang borakkan sebab dah lama tak jumpa, tup-tup tengah tengah borak tu maka terkeluahah cerita tentang pasangan masing-masing dan perancangan masa depan kitaorang. Aku ader bercakap yang aku pernah ade impian untuk tidak berkahwin lansong walaupon aku sekarang mempunyai seorang teman lelaki. Tapi aku jugak ader cakap yang aku mungkin akan kawin jugak sebab aku kesian kat parent aku kalu aku tak kawin mesti diaorang lambat nak dapat cucu.Yer la atas-atas aku semua abang aku plak 2 beradik perempuan jer yang lain semua lelaki so mesti la abang-abang aku nak kawin lambat kan. So ntah macam maner tengah-tengah berborak tu dia tanya aku…

Girl…in what age you want to get married? I reply 35 @ 28. But most probably at the age of 28. Then he asks me how old I am now… and I reply 24 then he’s silent for a while and say… so mean 4 years from now la…and I say yup. Pas tu dia diam lagi then dia pon cakap okay if let say 3 years from now you are not married yet can i married with u in the next year??? Aku pon aper lagi gelak besar la waktu tu. Aper la sengal mamat nie cakap macam nie. Then dah bes minum dia pon hantar aku balik umah.

Esoknya waktu tengah borak – borak ngan bebudak office dia cakap pada member kitaorang 2 yang dia akan berkawin dengan aku 4 tahun dari sekarang jika kitaorang 2,2 tak kawin lagi waktu tu. Aku terkejot gak la waktu tu yg dia cakap benda 2 pada orang lain sebab aku ingat dia gurau jer tak sangka plak dia serious. Tapi bagi aku benda nie still gurau. Sampaila satu masa tu kitaorang lepak minum ngan bos then dia cakap depan bos yang dia nak kawin ngan aku 4 tahun dari sekarang. Waktu tu aku dah mula terpikir .. betol ker mamat nie.

Esoknya aku cakap la benda nie pada bf aku dan dia pon gelak waktu dengar tu. Tapi tak lama pas tu dia start cakap Mie, i tak kisah kalu you nak anggap benda nie gurau. Tapi i tak suka aper yang dia buat pada you dengan cakap yang dia nak kawin ngan u pada kawan-kawn u. I just harap benda nie tak jadi and i tak suka you rapat ngan dia.

The things is i never says yes to him or no to him coz for me it just a joke within our circle of friendship. The point that I’m trying to says here is that I never ever think that anyone in this world will ever says to me like that and I’m not like that kind of person that will be leave for something that i already in my hand n wait for things that we call tak pasti lagi. I hope all the promises about the married are just a joke within a circle of friends. n for those yang pernah berjanji begitu ingat JANJI boleh merosakan perasaan jika kita mempermainkannya. Berjanji bila kamu pasti akan kamu boleh menunaikannya.

Wednesday, May 6, 2009

Minggu lepas...

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, May 06, 2009 0 comments
Minggu lepas aku pulang semula ke kampung halaman terchenta aku setelah sebulan aku tak balik ke kampung. Kepulangan aku kali ni aku rasakan cukup bermakna dan cukup gembira. Ada agenda yang telah keluargaku atur kali nie. Sebenarnya aku balik atas beberapa sebab pertama sebab dah sebulan tak balik, kedua hari Jumaat lepas merupakan hari cuti umum dan ketiga atas sebab Mak aku bakal mengadakan kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru.Perjalanan yang jauh dari Johor ke Perak membuatkan aku rasa penat yang teramat sangat dan aku terus tido sesudah aku sampai di rumah.

Esoknya kerja mengemas rumah dan membeli barang pon bermula la. Penat jugak la nak mengemas rumah aku tu. Akhirnya setelah lame mengemas dan mengemop lantai maka selesailah kerja aku untuk pagi tu. Malam kerja aku bersambung degan mengopek kulit bawang la nenas la ikan masin la basuh pinggan mangkuk la dan macam-macam lagi la sebab esoknya majlis pon akan bermula. Uniknya untuk majlis kali ini mak aku cuma menjemput jiran-jiran di taman tu jer. Aku ingatkan sikit jer la tetamu yang datang tapi tup-tup ramai la plak.Kira penuh la rumah aku hari tu.Alhamdullilah lauk yang disediakan tu cukup untuk semua tetamu yang hadir.

Antara orang lain yang aku jumpa pada kenduri tu ialah jiran lama aku yang merangkap sebagai Mak angkat & pengasuh aku waktu aku budak-budak dulu. Dah lame sangat aku tak jumpa dia. Tiap kali aku pergi rumah dia , dia tak pernah plak ader, so biler dia datang nie aku memang terkejot sikit la. Gembiranye biler dapat jumpa dia tak terucap dangan kata-kata. Sepekara lagi yang membuatkan aku gembira pada majlis kali ini ialah sebab aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan Kem lama aku kembali. Tu pon sebab aku jemput la. Yer la biler masing – masing dah ader tanggungjawab sendiri dan ader yang dah bekeluarga ni, tu la yang membuatkan perjumpaan antara kitaorang semua selalu jer tak menajdi. Jadi biler kali nie aku jemput dan diaorang datang aku rasa seronok la.Banyak cerita lame yang kitaorang bukak balik. Walaupon sekejap tapi tetap seronok. Tak sangka dah hampir 5 tahun aku tak berjumpa mereka semua. Masing-masing dah besar dan berubah termasuklah aku (^_^).

Cepat betol masa berlalu aku rasakan pada waktu itu. Esoknya pagi- pagi lagi aku dah nak bergegas balik semula ke Johor sebab Isnin aku bekerja.Kepulangan aku minggu lepas aku rasakan yang paling bermakna pada aku dan paling singkat yang aku rasakan.Terlalu banyak cerita yang nak di kongsi bersama sehingga aku tak sedar yang aku dah lama tak meluangkan masa aku bersama insan-insan yang pernah membuatkan aku gembira dan memberi kenangan yang terindah sewaktu aku membesar dulu. Aku harap aku akan lebih kerap berjumpa dengan mereka semua selepas ini dan semoga umur kami semua panjang agar aku boleh mengenali mereka semula buat kali ke-2 nya.