Wednesday, May 6, 2009

Minggu lepas...

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, May 06, 2009
Minggu lepas aku pulang semula ke kampung halaman terchenta aku setelah sebulan aku tak balik ke kampung. Kepulangan aku kali ni aku rasakan cukup bermakna dan cukup gembira. Ada agenda yang telah keluargaku atur kali nie. Sebenarnya aku balik atas beberapa sebab pertama sebab dah sebulan tak balik, kedua hari Jumaat lepas merupakan hari cuti umum dan ketiga atas sebab Mak aku bakal mengadakan kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru.Perjalanan yang jauh dari Johor ke Perak membuatkan aku rasa penat yang teramat sangat dan aku terus tido sesudah aku sampai di rumah.

Esoknya kerja mengemas rumah dan membeli barang pon bermula la. Penat jugak la nak mengemas rumah aku tu. Akhirnya setelah lame mengemas dan mengemop lantai maka selesailah kerja aku untuk pagi tu. Malam kerja aku bersambung degan mengopek kulit bawang la nenas la ikan masin la basuh pinggan mangkuk la dan macam-macam lagi la sebab esoknya majlis pon akan bermula. Uniknya untuk majlis kali ini mak aku cuma menjemput jiran-jiran di taman tu jer. Aku ingatkan sikit jer la tetamu yang datang tapi tup-tup ramai la plak.Kira penuh la rumah aku hari tu.Alhamdullilah lauk yang disediakan tu cukup untuk semua tetamu yang hadir.

Antara orang lain yang aku jumpa pada kenduri tu ialah jiran lama aku yang merangkap sebagai Mak angkat & pengasuh aku waktu aku budak-budak dulu. Dah lame sangat aku tak jumpa dia. Tiap kali aku pergi rumah dia , dia tak pernah plak ader, so biler dia datang nie aku memang terkejot sikit la. Gembiranye biler dapat jumpa dia tak terucap dangan kata-kata. Sepekara lagi yang membuatkan aku gembira pada majlis kali ini ialah sebab aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan Kem lama aku kembali. Tu pon sebab aku jemput la. Yer la biler masing – masing dah ader tanggungjawab sendiri dan ader yang dah bekeluarga ni, tu la yang membuatkan perjumpaan antara kitaorang semua selalu jer tak menajdi. Jadi biler kali nie aku jemput dan diaorang datang aku rasa seronok la.Banyak cerita lame yang kitaorang bukak balik. Walaupon sekejap tapi tetap seronok. Tak sangka dah hampir 5 tahun aku tak berjumpa mereka semua. Masing-masing dah besar dan berubah termasuklah aku (^_^).

Cepat betol masa berlalu aku rasakan pada waktu itu. Esoknya pagi- pagi lagi aku dah nak bergegas balik semula ke Johor sebab Isnin aku bekerja.Kepulangan aku minggu lepas aku rasakan yang paling bermakna pada aku dan paling singkat yang aku rasakan.Terlalu banyak cerita yang nak di kongsi bersama sehingga aku tak sedar yang aku dah lama tak meluangkan masa aku bersama insan-insan yang pernah membuatkan aku gembira dan memberi kenangan yang terindah sewaktu aku membesar dulu. Aku harap aku akan lebih kerap berjumpa dengan mereka semua selepas ini dan semoga umur kami semua panjang agar aku boleh mengenali mereka semula buat kali ke-2 nya.

0 comments on "Minggu lepas..."