Friday, July 31, 2009

Samporna

Posted by Dee Lunatik at Friday, July 31, 2009 0 comments

Wednesday, July 29, 2009

Ketentuan

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, July 29, 2009 0 comments
Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa

This just another song that can simply make me touch. Its hurt once its broken and its wasn't easy to recover the pain.

Wednesday, July 15, 2009

Coretan hati disuatu malam yang sunyi

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, July 15, 2009 0 comments
Malam ni aku keseorangan lagi. Roomate baruku Izah keluar seperti biasa,tinggallah aku keseorangan disini.Lately ni banyak benda yang tak disangka yang berlaku di dalam kehidupan aku. Contohnya aku tiba-tiba dapat duit “free” dan kawan lama yang menyepi kini menghubungi aku kembali. Hurm ntah la dikala aku kesunyian ni, semua pekara yang berlaku disekiling aku dan dikehidupan aku ini aku betol-betol ambil peduli.

Kebelakangan ni juga aku banyak terima undangan perkahwinan dari kawan-kawan sekolah lama aku dahulu. Seorang demi seorang yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin. Aku tumpang gembira dengan kebahgiaan yang mereka kecapi dengan pasangan mereka. Sekurang-kurangnya pasangan mereka tu jujur dan serius dalam perhubungan yang dijalinkan dan diaorang pon akhirnya akan bersatu.

Biasalah bila dah selalu hadir ke kenduri macam nie,ramai yang bertanya kepada aku, giliran aku bila lagi…Aku Cuma mampu tersenyum dan berkata “ ala jodoh tak sampai lagi la… lagipon calonya pon tak der lagi “ then aku just gelak sebab malas nak panjangkan cerita tu. Tapi hakikatnya,jauh disudut hati aku ini, aku sebenarnya rasa sedih bila aku acap kali diajukan soalan seperti itu. Yer lamungkin sebab aku kini pon tidak mempunyai sesiapa yang dianggap teman istimewa melainkan teman-teman rapat aku. Nasibla wani,ian,syuk dan epol ader sekurang kurangnya tak la aku sunyi,kalu tak tu mungkin aku pon terasa kot kesunyian tu.

Kehidupan aku disini amat sedahana. Kat sini aku dah tak keluar malam dan aku lebih banyak spent masa aku untuk berjalan-jalan ngan kawan-kawan aku kat sini. Dulu waktu Suhaime ada best jugak sebab tiap-tiap minggu ader orang leh teman gi tengok movie, tapi skang nie hurm dah tak der dah. Wani plak bukan kaki movie, ian plak sibuk ngan kawan dia tu, epol ader kawan-kawan dia sendiri dan syuk plak kerap balik rumah akak dia. Kadang-kadang tu bosan gak la. Tapi mungkin aku dah biasa duduk sendiri jadi bila terasa sunyi tu aku tak la terasa sangat kebosanan sunyi tu.

Hurm aku ngan wani selalu berborak tentang masadepan kitaorang nie. Hihi aperlah nak jadi ngan kitaorang ni lepas kontrak MT ni tamat dan kisah love life kitaorang pon hampir sama. So selalula both of us nie mengadu domba sesame sendiri. Masing-masing ada impin dan angan-angan yang ingin dicapai cume cara dan laluan tu berbeza antara satu sama lain. Itu biasa la.

Aku berdoa dan aku berharp agar semua cita-cita dan angan-angan dan doa aku dimakbulkan Allah s.w.t dan semoga aku akan dapat menemui cinta sejati aku kelak.Yer aku tau umur aku baru 24 tahun sahaja, tapi abah aku ngan mak aku mengharap aku akan cepat mendirikan rumah tangga secepat mungkin… Hurm sabarlah yer mak , abah, anak mak ngan abah nie tak der sesiapa pon nak dibawa berjumpa ngan mak dan abah lagi.

Ntah kenapa hari ini coretan berkaitan dengan isi hati aku menjadi sumber untuk aku meluahkan aper yang aku rasa di log aku nie. Ala bukan ader yang nak baca pon so biarla. Hihihhi Syok sendiri jer.Ya Allah ya TuhanKU, kau berikanlah aku kekuatan agar aku bisa menempuh segala dugaan yang kau turunkan padaku ini Ya Allah ya TuhanKU. Sesungguhnya aku ini hanya insan yang lemah dan tak berdaya untuk melawan takdir dan ketentuan hidup yang telah Engkau rencanakan buat hambamu ini Ya Allah. Semoga kau berkati hidupku dan kau lindungilah hambaMU yang hina lagi lemah ini dari segala musibah yang melanda. Amin yarobbal alamin

Wednesday, July 8, 2009

Logical Speakig

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, July 08, 2009 0 comments
This quote comes from my good friends :

Logically speaking
Be blind with love
But don’t ignore your friends
They r there from the start and they will be there in the end
Love’s lost is pain but friends lost is misery
So think for yourself coz I won’t be there for u

Friday, July 3, 2009

Tenang

Posted by Dee Lunatik at Friday, July 03, 2009 0 comments
Buat seketika
aku kembali tenang
mungkin marahku telah reda
mungkin akal,minda,kewarasan,jiwa ragaku dan hatiku telah bersatu kembali
akhirnya aku kini kembali tenang

Duhai sepiku

Posted by Dee Lunatik at Friday, July 03, 2009 0 comments
Kenaper, kenaper, kenaper
Aku ada perasaan yang tak best macam nie,
Kenaper , kenaper n kenaper
Hati aku rasa sakit dan menagis seperti ini
Kenaper,kenaper dan kenaper
Aku tidak gembira
Kenaper, kenaper, dan kenaper
Aku masih dihantui oleh bayangan semalam
Kenaper, kenaper dan kenaper
Aku membenci dirinya
Kenaper, kenaper dan kenaper
Sukar untuk aku mengaku yang aku masih sayang pada dirinya
Kenaper , kenaper dan kenaper
Aku kini rebah lagi
Kenaper , kenaper dan kenaper
Aku tak boleh melupakannya
Kenaper , kenaper dan kenaper
Hati aku meronta-ronta untuk berjumpanya
Kenaper, kenaper , kenaper
Aku teringat akan dirinya
Kenaper, kenaper dan kenaper
Aku tak jujur pada diri aku sendiri
Kenaper, kenaper dan kenaper
Aku masih begini
Kenaper, kenaper dan kenaper
Semua bayangan semalam kini menghantui aku
Kenaper,kenaper dan kenaper
Aku memikirkan dirinya sedang dia entah sudah lupakan aku

Duhai hatiku yang muram
Kenapakah engkau bersedih dikala ini
Kenapakah dia yang harus engkau risaukan
Kenaper dia yang harus membuatkan engkau merasa sakit seperti ini

Ahhh duhai hatiku yang muram
Janganlah engkau bersedih lagi
Janganlah engkau gundah gulana lagi
Kerna aku tidak tenteram dan aman jika kau teros – terusan begini
Kerna aku tidak bisa melakukan apa-apa seperti sedia kala

Duhai hatiku yang muram
Fahamilah aku
Dan kasihankanlah aku
Beritau akalku apa mahumu
Duhai hatiku yang muram

Duhai jiwaku ragaku sayang
Aku tahu kau amat mengerti apa yang ada di isi hatiku kini
Aku tahu kau lebih memahami perasaan yang bermain dijiwaku ini lebih dari hatiku sendiri
Duhai jiwa ragaku sayang
Berikanlah aku jawapan bagi persoalan yang bermian di ruang lega hatiku ini
Berikanlah aku satu kepastian yang mampu merungkai gelora didada ku ini
Berikan aku kekuatan agar aku bias menempuh dugaan ini
Duhai jiwa ragaku sayang
Katakanlah sesuatu kepadaku

Duhai mindaku bestari
Apa yang engkau fikrikan kini agaknya
Mengapa engkau mengelamun sahaja
Apa sudahkah engkau mendengar luahan hati hati dan jiwa ragaku???
Apa sudahkah engkau mengerti apa yang terjadi kini???
Apa sudahkah engkau fahami semuanya???
Apa sudahkah engkau punya jalan keluarnya???
Katakana padaku wahai mindaku bestari
Kerna aku tahu kau adalah hakim buat diriku kini

Duhai akal dan kewarasanku
Dimanakah kalian kini
Mengapa engkau tidak bersama dengan temanmu si mindaku bestari
Kemanakah kalian menyepikan diri
Apa yang telah berlaku kepada kalian berdua
Aku perlu akan pertolongan darimu duhai teman-temanku sekalian

Duahi hati,jiwa ragaku,minda,akal dan kewarasanku
Bantulah aku tuanmu ini
Berikanlah aku jawapan agar aku bias melepaskan diriku dari siksaan ini
Duhai teman-temanku bantuilah aku
Kerna aku amat memerlukan bantuan darimu kini