Wednesday, July 15, 2009

Coretan hati disuatu malam yang sunyi

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, July 15, 2009
Malam ni aku keseorangan lagi. Roomate baruku Izah keluar seperti biasa,tinggallah aku keseorangan disini.Lately ni banyak benda yang tak disangka yang berlaku di dalam kehidupan aku. Contohnya aku tiba-tiba dapat duit “free” dan kawan lama yang menyepi kini menghubungi aku kembali. Hurm ntah la dikala aku kesunyian ni, semua pekara yang berlaku disekiling aku dan dikehidupan aku ini aku betol-betol ambil peduli.

Kebelakangan ni juga aku banyak terima undangan perkahwinan dari kawan-kawan sekolah lama aku dahulu. Seorang demi seorang yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin. Aku tumpang gembira dengan kebahgiaan yang mereka kecapi dengan pasangan mereka. Sekurang-kurangnya pasangan mereka tu jujur dan serius dalam perhubungan yang dijalinkan dan diaorang pon akhirnya akan bersatu.

Biasalah bila dah selalu hadir ke kenduri macam nie,ramai yang bertanya kepada aku, giliran aku bila lagi…Aku Cuma mampu tersenyum dan berkata “ ala jodoh tak sampai lagi la… lagipon calonya pon tak der lagi “ then aku just gelak sebab malas nak panjangkan cerita tu. Tapi hakikatnya,jauh disudut hati aku ini, aku sebenarnya rasa sedih bila aku acap kali diajukan soalan seperti itu. Yer lamungkin sebab aku kini pon tidak mempunyai sesiapa yang dianggap teman istimewa melainkan teman-teman rapat aku. Nasibla wani,ian,syuk dan epol ader sekurang kurangnya tak la aku sunyi,kalu tak tu mungkin aku pon terasa kot kesunyian tu.

Kehidupan aku disini amat sedahana. Kat sini aku dah tak keluar malam dan aku lebih banyak spent masa aku untuk berjalan-jalan ngan kawan-kawan aku kat sini. Dulu waktu Suhaime ada best jugak sebab tiap-tiap minggu ader orang leh teman gi tengok movie, tapi skang nie hurm dah tak der dah. Wani plak bukan kaki movie, ian plak sibuk ngan kawan dia tu, epol ader kawan-kawan dia sendiri dan syuk plak kerap balik rumah akak dia. Kadang-kadang tu bosan gak la. Tapi mungkin aku dah biasa duduk sendiri jadi bila terasa sunyi tu aku tak la terasa sangat kebosanan sunyi tu.

Hurm aku ngan wani selalu berborak tentang masadepan kitaorang nie. Hihi aperlah nak jadi ngan kitaorang ni lepas kontrak MT ni tamat dan kisah love life kitaorang pon hampir sama. So selalula both of us nie mengadu domba sesame sendiri. Masing-masing ada impin dan angan-angan yang ingin dicapai cume cara dan laluan tu berbeza antara satu sama lain. Itu biasa la.

Aku berdoa dan aku berharp agar semua cita-cita dan angan-angan dan doa aku dimakbulkan Allah s.w.t dan semoga aku akan dapat menemui cinta sejati aku kelak.Yer aku tau umur aku baru 24 tahun sahaja, tapi abah aku ngan mak aku mengharap aku akan cepat mendirikan rumah tangga secepat mungkin… Hurm sabarlah yer mak , abah, anak mak ngan abah nie tak der sesiapa pon nak dibawa berjumpa ngan mak dan abah lagi.

Ntah kenapa hari ini coretan berkaitan dengan isi hati aku menjadi sumber untuk aku meluahkan aper yang aku rasa di log aku nie. Ala bukan ader yang nak baca pon so biarla. Hihihhi Syok sendiri jer.Ya Allah ya TuhanKU, kau berikanlah aku kekuatan agar aku bisa menempuh segala dugaan yang kau turunkan padaku ini Ya Allah ya TuhanKU. Sesungguhnya aku ini hanya insan yang lemah dan tak berdaya untuk melawan takdir dan ketentuan hidup yang telah Engkau rencanakan buat hambamu ini Ya Allah. Semoga kau berkati hidupku dan kau lindungilah hambaMU yang hina lagi lemah ini dari segala musibah yang melanda. Amin yarobbal alamin

0 comments on "Coretan hati disuatu malam yang sunyi"