Monday, August 24, 2009

Aku dan anak perantau

Posted by Dee Lunatik at Monday, August 24, 2009
Ahad : 23.04.2009

Pagi ini tidorku dikejotkan dengan laungan suara mak ku yang memanggil aku dari dalam biliknya. Aku yang masih memelok bantal chomelku tersedar dan terus terjaga. Jarang sungguh aku terjaga kalau mak la yang panggil aku. Kalau abah tu yer la.. sebab sbah nyer aura tu buat aku cuak jer.. hihihi… Aku bangun sambil memelok bantalku dan eros ke bilik mak untuk bertanyakan soalan ”kenapa mak?” Rupanya mak Cuma nak tahu pukul berapa aku pulang pada hari itu. Setelah aku cakap selepas zohor aku masuk semula ke bilik aku yang betol-betol bersebelahan dengan bilik mak ngan abah. Mulanya aku mahu jer sambung tido aku ini tapi ntah kenapa rasa tak best plak dah bangun tido balik. Aku keluar semula untuk mendapatkan adik bongsuku yang chomel seperti afdlin shauki di ruang tamu. Kulihat dia masih lagi tido, nak ku kejot tak sampai hati la pulak. Aku kebilik semula lantas tuala mandi ku capai dan aku segera ke bilik air.

Setelah mandi aku lihat mak sudah pon bersiap-siap mahu ke pasar. Dah lama rasanya aku tidak kepasar basah ditempatku ini. Aku bersiap kerana aku mahu mengikuti emak dan abah ku ke pasar pagi tu.Oh yea adik perempuanku juga ikot sama kerana dia mahu mencari tudung ala ikin mawi. Aper-aper jer la asah janji kau happy.. ^_^

Setelah pulang dari pasar mak sudah mula memasak untuk lauk bekalan aku pada petang itu. Bila aku tanya ada aper yang boleh aku tolong emak hanya menjawab ”kemas aje baju kau tu nanti tak der la kelang kabot” hmmm mask nie masih seperti dulu... dia takkan kasi punya kau nie masak... cam ner la aku nak dapat resepi ai tangan dia cam nie... hmmm -_-

Selesai memasak mak memanggilku untuk menyuruh aku membungkus lauk-lauk yang dimasak tadi. Hmmmm sedapnya ada udang sambal,ada ayam goreng ada gulai ikan aper ntah,,,tapi aku Cuma ambik ayam dan smabal udang sahaja. Kemuadian mak pesan lagi suruh akau megambil agar-agar didalam peti ais yang dibuatnya semalam. Setelah semuanya aku siap bungkus mak cakap lagi ” akak nasi mak tak masak lagi, nanti akak beli la yer..: hmmm agak kecewa disitu.... -_-

Aku mengambil bus pukul 3 pada petang itu. Perjalanan yang hanya memakan masa 1 jam pon boleh buat aku terlelap sekejap kerana kepanasan. Tak lama pas tu aku sedar-sedar kau dah sampai pon di KL. ^_^ Aku berhenti di Masjed Jamek kerana ada benda yang perlu aku beli. Setelah bargasi dan lauk yang dibelakkan tadi aku simpan di loker MYDIN aku teros memulakan perjalanan ku untuk ke kedai buku yang terletak di hadapan SOGO. Aku cari Al-Quran buat temaku kerana dia memesan senaskah untuk dijadikan hantaran perkahwinannya yang bakal berlansong pada hujung bulan 10 ini. Setelah itu aku cari pula buku betajuk ”Rahsia Suami Isteri” untuk aku jadikan hadiah buat dirinya agar dia bersedia menempuh alam perkahwinan nanti.

Selesai membeli dan berjumpa dengan kawanku buat seketika, aku meneruskan mengambil bargasiku semula dan meneruskan perjalanan ke Steten LRT Star kerana aku perlu berada di Bandar Tasik Selatan selewat-lewatnya pukul 5.30petang. Dalam perjalanan itu sempat juga aku membeli kopiah untuk kuberi pada temanku disini.

Tren tiba tepat pada pukul 5.17 petang. Aku tiba lewat 5 minit dari masa yang dijanjikan. Aku kemudian menalifon warni bertanyakan dimana dia kerana aku perlu berjumpa dengan dia. Setelah lokasi dikesan aku segera pergi kearahnya. Mak dan adik-adiknya turut serta menemaninya pada petang itu. Setelah bersalaman kami membeli tiket KLIA transit ke Salak Tinggi kerana kami semua sudah berjanji untuk berjumpa dengan Cik Azim pada pukul 8 malam itu.Oleh kerana kami ini menumpang keretanya balik semula ke Yard maka kami sampai awal petang itu. Jam 6.30 petang akmi sudah tiba disitu. Yen masih tak tiba lagi.Maner la budak nie. Kejap lagi dah nak berbuka. Setelah abang kat situ kata dah boleh berbuka, aku ngan wani mengeluarkan bekalan kami dan makan disitu. Tapi kami hanya makanbuah dan agar-agar sahaja kerana kami masih menunggu Yen untuk berbuka sekali.

7.30 malam Yen sampai juga akhirnya. Setelah berborak serba sedikit kami mulakan makan kami malam itu. Yen juga mengeluarkan lauk yang dibawanya. Meriahlah kami 3 anak perantau duduk dikerusi stesen KLIA transit itu untuk berbuka. Selesai makan dan mencuci bekas yang dibawa,dan mengemas “Meja Makan” kami, tak lama lepas tu kereta Cik Azim pon sampai.

Perjalanan malam tu agak perlahan. Rupanya Cik Azim tak sihat. Dia demam. Patotlah dia bawak kereta perlahan jer malam itu. Kami berhenti di pagoh untuk seketika. Sambil duduk minum tak lama pas tu Cik Azim memberi cadangan untuk bermalam di Kulai kerana dia sudah tidak terdaya meneruskan perjalanan lagi. Memandangkan kami semua ini hanya menumpang jadi kami tak banyak ragam. Boleh ajer. Selesai check in Au, Warni dan yen tido dengan penuh rasa selesa. Nasib kali ini bantal chomelku aku bawak bersama jadi bila tido tu rasa best la sikit. ^_^

24.08.2009

Jam 430 am aku,bangun untuk mengejutkan warni bersahur. Tapi warni tido lagi. Aku pon tido la jugak. Tak lama pas tu Yen la yang mengejotkan ami berdua bangun bersahur. Baki lauk berbuka tadi kami keluarkan semula dan makan beramai – ramai. Setelah selesai kami mandi dan mengemas semula baju dan beg yang dicampak entah dimana malam tadi. Jam 530 am kami semua sudah berada dibawah lobi mengunggu cik azim tak turun-turun lagi. Setelah semuanya check out perjalanan dimulakan semula pada 540 am.

Hujan renyai pada pagi itu. Aku lihat yen dan warni dah tido, Aku masih terjaga hanya memerhatikan cik Azim memandu dalam keadaan yang agak merisaukan pagi itu. Lama aku terjaga ntah bila aku pon terlelap. Aku sedar semua aku sudah berada di Kota Tinggi. Aku lihat warni dan yen masih tido. Cik Azim pula masih memandu dalam keadaan perlahan pagi itu. Pagi itu aku lihat kereta tak banyak. Pemanduan Cik Azim dah menurun ke pada 93 km per jam semula. Aku lihat jam sudah makin hampir ke pukul 7 pagi. Dan kami masih didalam kereta. Lebih kurang pukul 720 pagi kami semua sampai di Office Ramunia. Beg dikeluarkan dari bonet kereta dan aku,yen dan warni jalan balik ke bilik kami. Aku dengan bantal chomelku nampak memukau orang lain pagi tu sampai ada yang bertanya baru nak lapor diri ker.. hahaha kelakar sungguh pak cik berbaju biru tu.

Hmmm tak sangka betol aku, dalam 24 tahun ni, inilah kali pertama aku makan berbuka puasa di stesen bertiga ngan kawan seperantau aku dan kali pertama sahur di bilik hotel yang lawa jugak la... Inilah yang dikatakan nasib perantau...huhuhu....haa lupa pulak bilik hotel tu aku tak kemas pon dan tak kasi diaorang kemas pasal ingat story cik raslan dan wife dia mengenai sikap menegmas bilik hotel tu... hihihihih

Well thats all for todays... arios….

0 comments on "Aku dan anak perantau"