Monday, August 17, 2009

Salahkah aku ??? Ikhlas tapi jauh – Coretan hati 17.08.2009

Posted by Dee Lunatik at Monday, August 17, 2009
Hurmmm semalam bukanlah hari yang ceria buat aku berbanding hari sabtu yang baru ku lewati kelmarin. Semalam aku rasakan jiwaku suram , sunyi dan sepi. Aku sendiri lemah mengharungi hari semalam yang kurasakan lambat sangat berlalu. Entah kenapa emosiku sukar untuk dikawal semalam. Aku lalaui hari-hariku semalam dengan penuh kelesuan. Walaupon aku keluar dari tempat tinggalku untuk menikmati pemandangan indah di Telok Sengat bersama teman serumahku, namun jiwaku masih kosong dan sunyi. Ada sesuatu yang sedang menaggangu fikiranku kini. Sesuatu yang membuat aku ingin mengimbas kembali hari yang kulewati semalamnya.

Sabtu – 15.08.2009
Hari ini aku bangun awal untuk menolong izah teman serumahku memasak. Seawal jam 5 pagi, aku sudah pon terjaga dek kerana percikan silauan lampu neon yang kedudukannya betol-betol menghadap muka aku yag tak berapa nak chomel cam afdlin shauki nie. Hihi. Hari itu agendanya adalah mandi di air terjun Kota Tinggi, namum oleh kerana sebab yang tak dapat di elakkan kitaorang pon tukar plan dan memilih untuk bersantai di Tanjung Balau.

Nak dijadikan cerita pada hari yang sama juga kawan aku datang dari KL semata-mata nak berjumpa dengan aku. Kedatangannya bukanlah kosong tapi membawa sugunung harapan yang tidak ku duga lansung. Tengah hari tu, selepas habis waktu kerja aku megambilnya di tempat penginapan sementara dia dan kemudian kami pon bergerak ker Tanjung Balau. Selepas makan Izah, teman lelakinya dan kak Kushie pon mandi sementara aku dan kawanku hanya berjalan menyusuri pantai sambil berborak.

Setelah agak jauh aku dan dia menyusuri pantai, lalu kami pon mengambil keputusan untuk duduk di sebatang kayu yang terdampar di pesisir pantai itu.Maka segala yang tersurat dan tersirat diluahkan pada waktu itu. Kedatangannya ke sini untuk mencari satu kepastian yang aku tak pernah duga akan terpancul dari bibirnya. Setelah mendengar aper yang diluahkan aku memberi jawapan yang ikhlas dan jujur dari hati aku. Berat untuk aku luahkan aper yang ku simpan kerana aku tahu jawapan aku nanti pasti akan melukakan hatinya. Sangkaan ku tepat bila habis sahaja aku memberi jawapan dan penjelasan maka riak wajah mukanya terus berubah. Aku dapat rasakan kesuraman pada tutur katanya dan tingkah lakunya. Segala yang dilakukan selepas itu serba tak kena. Melihat dirinya membuatkan aku hiba dan sayu. Ingin aku peluk tubuhnya dan biarkan dia melayan perasaan dirinya tika itu, tapi aku sedar siapa aku , siapa dia dan dimana kami berada. Aku hanya mampu melihat dirinya dengan penuh rasa simpati.

Salahkah aku beterus – terang denga apa yang aku rasakan? Salahkah aku jika jawapan yang kuberi bukan seperti yang dia harapkan dan adakah aku yang bersalah jika aku menolak permintaan dirinya??? Sepanjang hidupku, aku rasa aku selalu mengalah pada diri sendiri dan menurut apa yang dimahukan oleh semua orang disekilingku walau ada kala aku tak selesa dengan semuanya. Pengalaman hidupku yang singkat ini banyak mengajarku untuk berterus- terang dengan apa yang aku rasakan. Walau ianya pahit untuk ditelan tapi ianya lebih baik dari aku menipu hanya untuk menggembirakan hatinya. Kini hubungan aku dan dia sudah tidak seperti dahulu. Tiada lagi gurauan mesra dari msg dan panggilannya. Aku hiba dengan semua ini. Malah aku rasakan aku sudah kehilangan lagi seorang kawan yang jujur pada diriku ini.

Sepanjang malam tu aku tidak lena tidur kerana terlalu memikirkan apa betul tindakan yang aku ambil siang tadi. Runsing kepalaku dibuatnya. Aku melayani perasaanku berseorangan tanpa dia ataupon sesiapa. Ingin sahaja rasanya aku ke tempat persinggahan dia dan menatap wajahnya semula, namum aku tidak seberani itu. Aku masih sedar akan batas-batasku.

Ahad -16.08.2009

Aku bangun dari tidurku dengan perasaan yang bercampur baur. Kepalaku pening, mindaku runsing dan hatiku gundah gulana. Aku ingin segera berjumpa dengan dirinya pagi itu kerana aku tahu dia akan bergerak ke KL semula. Aku msg dia namun respon yang diterima kurang menyenangkan. Aku mahu berkata padanya yang aku mahu jumpa dirinya namum ntah kenapa lain yang difikir lain plak yang aku katakan pada dirinya. Mungkin kerana tak mahu menambahkan lagi hampa dijiwanya. Bila aku sudah bersiap mahu ke tempat persinggahannya dia memberitahu aku yang dia sudah jauh meninggalkan kawasan ini dan sudah menuju ke KL. Sedih sangat aku rasakan pagi itu. Aku tau dia pon mesti sedih sebab tu dia tak sabar-sabar nak meninggalkan tempat ini.

Aku cuba isi hari mingguku dengan keluar bersama Izah. Namun jiwaku masih terasa sayu dengan apa yang berlaku. Sepanjang hari aku berfikir apakah salah tindakan aku untuk berlaku jujur pada dirinya tentang apa yang aku rasakan. Adakah aku yang bersalah atau dia yang tidak boleh menerima kebenaran disaat itu. Hurmm apalah yang sedang direncanakan oleh Yang Maha Besar untuk aku hambanya yang hina kali ini. Aku pasrah pada dugaan yang ditimpakannya. Aku cuma mampu berdoa agar semuanya akan kembali seperti biasa.

Isnin – 17.08.2009

Aku masih di sini, duduk di officeku membuat apa yang patot aku lakukan. Namun fikiranku masih celaru dengan memori yang baru kulewati semalam. Kini aku cuma mampu mengharapkan agar dia faham akan apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa keputusan itu yang aku pilih. Aku belom bersedia untuk dimiliki dan aku masih belum membuka pintu hatiku ini untuk dicuri sesiapa. Berilah aku waktu untuk aku merawat luka yang terpendam ini. Aku juga manusia yang punya hati dan perasaan untuk aku jaga.

Buat temanku nota ini khas untuk dirimu ..

Maafkan aku kerana aku tidak merasa seperti apa yang kau rasa. Maafkan aku kerana aku belum bersedia. Maafkan aku kerana aku telah meruntuhkan harapan yang kau bawa bersama tika kau datang bejumpa dengan diriku. Maafkan aku jika kejujuran aku ini menyinggung perasaanmu.

Johor – Tanjung Balau

Kau meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mungkin bisa aku lupakan. Setiap memori yang berlaku disini akan kusimpan sebagai satu kenangan yang terindah yang bisa memantangkan aku lagi.

0 comments on "Salahkah aku ??? Ikhlas tapi jauh – Coretan hati 17.08.2009"