Thursday, April 22, 2010

Khamis/ 22-04-2010

Posted by Dee Lunatik at Thursday, April 22, 2010 0 comments
Ahh… Hari nie hari ker 3 aku melepak tanpa sebarang kerja. Busan sungguh rasanya macam nie. Hurm diaorang nie pon tak nak bagi aku job ker. Tak kan nak makan gaji free kat sini, tak best la… Hurm tak apa la atleast semalam aku dah bising2 kat salvy soh bagi kau job , kalau dia tak bagi jugak tak tau la. Kalau Lyn @ atiqah mintak tolong pon aku memang available sangat ni. Time nie tak nak plak diaorang mintak tolong eh waktu aku bz 2 mintak tolong plak. Mungkin diaorang pon dah tak der job sangat kot kat bawah 2.

Kenapa minggu nie aku rasa macam slow jer. Semua yang aku buat slow jer n tak semangat. Tido aku pon dah mula terganggu balik. Ahh I miss my beauty sleep.



Malam tadi semalaman aku tak leh tido.jenuh la aku dengar lagu la bukak tv la tutup tv balik semata2 nak make sure aku leh tido, tapi hampeh tak berjaya jugak.Semuanya gara2 waktu tido aku dah over n semalam aku pekena hezalnut coffee banyak sangat. Hurmmmm tapi 2 la bila jumpa member2 lama memang la cam 2, borak sampai ke pagi baru nak balik. Nasib la kedai 2 dekat jer ngan umah aku.



Skang nie aku di office. Aku rasa anytime jer aku leh tido nie. Sebab mata memang dah berat jer nie. Maklumlah dah lama tak kuar malam cam dulu2 lagi jadi tak leh tahan dah. (^_#) Aku harap aku leh bertahan sebab kalau aku tido memang kantoi giler la pasal dah la tempat aku nie sebelah jer ngan bilik bos n tempat aku nie laluan utama dia nak masuk office. Kalaulah bos aku Nampak kau tido tak ke naya 2. Tak pasal2 aku kena tatatertip n ceramah kang. (^_^) hihi mintak disimpangkan lah

Friday, April 9, 2010

PENAT

Posted by Dee Lunatik at Friday, April 09, 2010 0 comments
PENAT. E2 lah yang mampu akau rumuskan untuk aktiviti aku sepanjang minggu nie. Pagi aku start masuk office kol 9 n balik kol 9 malam EVERYDAY tok sepanjang minggu nie.Sampai rumah mandi,solat n makan pas 2 aku kena study plak. AKu ada exam sabtu nie. Wahhh tensen tol… Pagi nie aku betol2 tak larat dah nak bangun tapi still kena bagun sebab nak pack barang2 b4 exam aku esok. Buku dah dibaca note aku dah downloads dari internet n dah baca. Latihan masih buat sampai pagi ini sambil aku sarapan. Aku harap aku boleh buat dengan baik exam kali nie.
Nasib kerja kat office Cuma ada 1 jer yang masih pending sebab orang yang incharge document 2 tak der. So lepak la sekejap. Ok 8er la yer kalaua da masa nanti aku update ag la eh…
Daa…

Saturday, April 3, 2010

I DO...

Posted by Dee Lunatik at Saturday, April 03, 2010 0 comments

Kawin… hurmmm benda 2 la yang bermain di fikiran aku tika ini. Semua nie dek kerana janji yang aku dah buat dengan Kwien dulu waktu aku dah pon berpisah dgn partner aku.Selepas dari perpisahan e2 , aku ada cakap ngan dia, kalau dia dah ada anak nanti aku akan kawin… Tapi lepas konvo ari 2 aku terus menyepi sampai al 2,3 hari nie aku kembali berhubung dengan dia. Tau2 jer dia bagi tunjuk gambar anak dia.. COMEL giler!!!!!!!!!! Sama comel macam dia jugak… Seronok aku melihat kegembiraan dia sekarang. Hidupnya kini dah lengkap dengan adanya suami tercinta dan ditambah seri dengan kelahiran puteri mereka yang comel 2….
Bila tengok sorang demi sorang kawan2 aku yang dah mendirikan rumah tangga dan ada pon di antara yang lain 2 sudah mempunyai anak, tergerak pulak dihati ini untuk memiliki kehidupan seperti e2. Siapa yang tak mahu dimiliki dan mempunyai zuriat sendiri untuk menyambung keturunan. Aku juga ada menyimpan hasrat seperti 2. Cumanya apa yang menghalang aku kala ini ialah AKU sendiri. Pengalaman bercinta yang menyiksakan menjadikan aku sedikit trauma nak bercinta lagi. Ada banyak penyesalan dan amarah dijiwa ini yang aku pendamkan sejak sekian lama. Walaupon benda 2 dah berlalu namun parut dan kesannya masih berbekas di hati ini. Bukan mudah untuk aku memaafkan dan melupakan apa yang telah terjadi padaku dulu.





Sudah 2 tahun aku menutup pintu hati aku dari dimiliki sesiapa dan kini aku masih mengunci pintu hatiku kerana aku tak mahu tersalah langkah lagi. Aku akui dalam tempoh aku meyepikan diri itu ada yang cuba merisik khabar untuk menjadi pengganti teman hidupku. Tapi ia tidaklah semudah yang disangkakan. Aku tak nak sejarah sejarah buruk yang menghantui diriku ini berulang kemabali. Ada yang menegur supaya aku jangan terlalu memilih. Tapi aku jelaskan kepada mereka aku harus memilih dengan lebih teliti kini kerna aku tak nak bazirkan masa aku mengenali insan lain yang hanya akhirnya akan menyakiti hati aku dan membuatkan aku menyesali diri berkenalan dengan dirinya.

Tahun nie usia akan menjangkau ke 25 tahun. Namun di usia ini aku masih sendirian. Tak ada apa yang aku kesalkan dengan keputusanku ini. Aku redha dan pasrah meneima ketentuan hidup aku. Mungkin inilah yang dikatakan NASIB aku. Ya NASIB yang aku harus lalui diatas jalan yang aku pilih sendiri.

Along ngan Angah masing2 dah mula bercakap soal perkahwinan. Masing2 mahu mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Aku doakan urusan mereka e2 dipermudahkan oleh Allah s.w.t AMIN.



Ya Allah Ya Tuhanku… Aku hambamu yang lemah ini memohon keampunan kepada dirimu diatas setiap kesalahan yang pernah aku lakukan sepanjang hidupku. AKu juga memohon agar kau pertemukan aku dengan insane yang dapat membentuk keterunan yang akan patuh kepada suruhan-Mu. Kau percepatkanlah jodohku dan kau berikanlah aku jodoh yang dapat membimbingku dengan sebaik mungkin. AMIN…

Thursday, April 1, 2010

Bosannya!!!

Posted by Dee Lunatik at Thursday, April 01, 2010 0 comments
First day di tempat baru.... Semua pon baru... yang lama cuma baju yang aku pakai nie jer.... hurm first day nie tak der banyak sangat yang aku pelajari... sekadar mengenal sistem yang mereka gunakan dan ambik tau cam mane ia berfungsi... Miss Salvy yang handle aku pon tak der hari nie so esok la baru aku akan benar2 tahu tugasan aku disini... tempat baru muka bebudak office pon baru gak la kan... so far ok jer la... aku pon banyak diam cam biasa... tak der benda menarik yang nak dibualkan pon...

skang jam di tangan aku dah menunjukkan pukul 5.15 petang.. tinggal 45 minit ja lagi tok aku bekerja pada hari ini... hihih... pas 2 balik la.... tapi aku tak terus balik gak.... ada benda yang aku nak beli... semalam aku g mydin kat jalan masjid india tapi tutup la plak... hari ni kalau aku rajin aku g jer beli barang kat mid valley... tapi kalau aku malas aku singgah jer la maner2 kedai kang beli jer la apa yang ternampak....

Skang nie aku ni malas betul.... motivasi diri dah kurang la gamaknya.... ntah apa yang merasuk di jiwa aku kini pon aku tak tau la... aku perlukan pembaharuan yang drastik tok kembali menceriakan hidup aku tika kala ini.... cewahhhhhhhhhh....

petang nie hujan lagi di Kuala Lumpur nie... Alhamdullillah.... tapi aku nie tak der payung... so aku ingat nak mencari la jugak kejap lagi nie,...

Ok la geng wa cau dulu eak nak layan kak ema ni plak.... daaaaaaaa