Saturday, April 3, 2010

I DO...

Posted by Dee Lunatik at Saturday, April 03, 2010

Kawin… hurmmm benda 2 la yang bermain di fikiran aku tika ini. Semua nie dek kerana janji yang aku dah buat dengan Kwien dulu waktu aku dah pon berpisah dgn partner aku.Selepas dari perpisahan e2 , aku ada cakap ngan dia, kalau dia dah ada anak nanti aku akan kawin… Tapi lepas konvo ari 2 aku terus menyepi sampai al 2,3 hari nie aku kembali berhubung dengan dia. Tau2 jer dia bagi tunjuk gambar anak dia.. COMEL giler!!!!!!!!!! Sama comel macam dia jugak… Seronok aku melihat kegembiraan dia sekarang. Hidupnya kini dah lengkap dengan adanya suami tercinta dan ditambah seri dengan kelahiran puteri mereka yang comel 2….
Bila tengok sorang demi sorang kawan2 aku yang dah mendirikan rumah tangga dan ada pon di antara yang lain 2 sudah mempunyai anak, tergerak pulak dihati ini untuk memiliki kehidupan seperti e2. Siapa yang tak mahu dimiliki dan mempunyai zuriat sendiri untuk menyambung keturunan. Aku juga ada menyimpan hasrat seperti 2. Cumanya apa yang menghalang aku kala ini ialah AKU sendiri. Pengalaman bercinta yang menyiksakan menjadikan aku sedikit trauma nak bercinta lagi. Ada banyak penyesalan dan amarah dijiwa ini yang aku pendamkan sejak sekian lama. Walaupon benda 2 dah berlalu namun parut dan kesannya masih berbekas di hati ini. Bukan mudah untuk aku memaafkan dan melupakan apa yang telah terjadi padaku dulu.





Sudah 2 tahun aku menutup pintu hati aku dari dimiliki sesiapa dan kini aku masih mengunci pintu hatiku kerana aku tak mahu tersalah langkah lagi. Aku akui dalam tempoh aku meyepikan diri itu ada yang cuba merisik khabar untuk menjadi pengganti teman hidupku. Tapi ia tidaklah semudah yang disangkakan. Aku tak nak sejarah sejarah buruk yang menghantui diriku ini berulang kemabali. Ada yang menegur supaya aku jangan terlalu memilih. Tapi aku jelaskan kepada mereka aku harus memilih dengan lebih teliti kini kerna aku tak nak bazirkan masa aku mengenali insan lain yang hanya akhirnya akan menyakiti hati aku dan membuatkan aku menyesali diri berkenalan dengan dirinya.

Tahun nie usia akan menjangkau ke 25 tahun. Namun di usia ini aku masih sendirian. Tak ada apa yang aku kesalkan dengan keputusanku ini. Aku redha dan pasrah meneima ketentuan hidup aku. Mungkin inilah yang dikatakan NASIB aku. Ya NASIB yang aku harus lalui diatas jalan yang aku pilih sendiri.

Along ngan Angah masing2 dah mula bercakap soal perkahwinan. Masing2 mahu mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Aku doakan urusan mereka e2 dipermudahkan oleh Allah s.w.t AMIN.



Ya Allah Ya Tuhanku… Aku hambamu yang lemah ini memohon keampunan kepada dirimu diatas setiap kesalahan yang pernah aku lakukan sepanjang hidupku. AKu juga memohon agar kau pertemukan aku dengan insane yang dapat membentuk keterunan yang akan patuh kepada suruhan-Mu. Kau percepatkanlah jodohku dan kau berikanlah aku jodoh yang dapat membimbingku dengan sebaik mungkin. AMIN…

0 comments on "I DO..."