Tuesday, June 8, 2010

Sedang Ingin Bercinta

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, June 08, 2010
Ahhh bencinya… Kenapa perasaan aku tika ini berdebar – debar dan berbunga kembali??? Apakah aku dilamun chenta??? Tak mungkin kerana aku masih lagi single dan tidak berpunya, tapi entah mengapa hati ini menyanyi lagu cinta hingga menaikkan mood aku. Adakah aku sedang ingin bercinta??? Aduhai… sediakah aku dengan semua ini lagi???



Dah berminggu2 hati ini mengalunkan lagu dan irama cinta namun aku masih menafikannya kerana aku rasa aku belum bersedia lagi. Tapi hatiku ini mengatakan sebaliknya.Puas sudah aku mengawal mindaku supaya tidak mudah mengalah dengan mainan perasaan aku nie namum aaaaahhhhhh sukarnya hanya Allah jer yang tahu.

Kekadang hati ini bertanya dengan siapakah akan aku bercinta selepas ini? Nyatanya aku sendiri masih tiada idea dan tiada clue lansung dengan siapakah bakal aku bercinta kembali. Apa yang aku dapat rasakan sekarang aku sedang ingin bercinta, namum hakikatnya aku tidak mempunyai sesiapa teman lelaki yang rapat denganku seperti sebelumnya. Peliknya lagi aku sendiri pon tak ada minat pada sesiapa pon lagi buat masa nie. Yer la skang kan phase aku window shopping jer. Huhu… tapi kenapakah hati ini kuat menyatakan yang aku sudah bersedia untuk bercinta semula.


Ada perasaan gembira dan gementar bila aku mengetahui yang diri ini sudah mula ingin bercinta lagi namun aku masih risau jika aku berjumpa dengan orang yang salah lagi. Aku tak nak sejarah berulang lagi buat sekian kalinya. Cukuplah siksanya pengalaman lalu yang aku benar-benar menguji kesabaran aku kini aku tak mahu mengharunginya lagi.

Ya Allah jika benar hati ini sedang ingin bercinta, aku mohon kau ketemukanlah aku dengan seorang lelaki yang matang dan dapat membimbing aku ke jalan ISLAM yang sebenar. AMIN

Aper pon aku harap jika benarpon aku sedang ingin bercinta lagi selepas ini, AKU berharap sangat aku tak terburu2 dalam menilai dan membuat keputusan. AMIN!

0 comments on "Sedang Ingin Bercinta"