Wednesday, July 7, 2010

Cinta Sempurna

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, July 07, 2010 0 comments

Lirik Cinta Yang Sempurna – Yuna

Friday, June 18, 2010

MEMO

Posted by Dee Lunatik at Friday, June 18, 2010 0 comments
Perhatian!
Tolong ambil perhatian kepada yang berkenaan. Tolong STOP berangan yang saya nie pernah sukakan anda yer. Diulangi sila berhenti berangan yang saya nie pernah sukakan anda. Di sini saya ingin memaklumkan yang saya tidak pernah sekalipon sukakan anda dan tak teringin pon untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan anda. Jadi sila jangan ganggu saya lagi dan jangan buat saya marah anda dengan menggunakan kata2 yang sangat kasar bunyinya.
Sekian.

Tuesday, June 15, 2010

Not feeling so well

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, June 15, 2010 0 comments
 
Peningnya!!! Kepala aku skang nie terasa berat sangat seolah2 ada orang letak snggul opera chine plak kat kepala nie dan kalaulah SEKARANG nie aku dapat baring skang sambil tengok cerita afdlin shauki alangkan indahnya hari ini...

Aku rasa aku nak demam nie... Semalam dah la balik kena hujan hari sebelum 2 plak berjaga kat booth Score A di PKNS selama 2 hari.. mau tak lemau badan aku nie... Hurm... bila demam cam nie teringin plak nak makan bubur mcD ngan ice lemon tea. Tapi apakan daya hari ni aku puasa.. so kena la tahan kan... dugaan,,,

Recon, call prospect, ambik kereta kat angah, balik kampung , beli hb kak ema , bank in duit Prof Alya n banyak lagi benda yang ngah bermain di minda aku tika kala ini.. walawei... ayat pujangga sei gua guna.. hahahaktoi....

Kerja pon masih ada yang pending ag nie, so mie kuar dulu yer...

 

Tuesday, June 8, 2010

Sedang Ingin Bercinta

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, June 08, 2010 0 comments
Ahhh bencinya… Kenapa perasaan aku tika ini berdebar – debar dan berbunga kembali??? Apakah aku dilamun chenta??? Tak mungkin kerana aku masih lagi single dan tidak berpunya, tapi entah mengapa hati ini menyanyi lagu cinta hingga menaikkan mood aku. Adakah aku sedang ingin bercinta??? Aduhai… sediakah aku dengan semua ini lagi???



Dah berminggu2 hati ini mengalunkan lagu dan irama cinta namun aku masih menafikannya kerana aku rasa aku belum bersedia lagi. Tapi hatiku ini mengatakan sebaliknya.Puas sudah aku mengawal mindaku supaya tidak mudah mengalah dengan mainan perasaan aku nie namum aaaaahhhhhh sukarnya hanya Allah jer yang tahu.

Kekadang hati ini bertanya dengan siapakah akan aku bercinta selepas ini? Nyatanya aku sendiri masih tiada idea dan tiada clue lansung dengan siapakah bakal aku bercinta kembali. Apa yang aku dapat rasakan sekarang aku sedang ingin bercinta, namum hakikatnya aku tidak mempunyai sesiapa teman lelaki yang rapat denganku seperti sebelumnya. Peliknya lagi aku sendiri pon tak ada minat pada sesiapa pon lagi buat masa nie. Yer la skang kan phase aku window shopping jer. Huhu… tapi kenapakah hati ini kuat menyatakan yang aku sudah bersedia untuk bercinta semula.


Ada perasaan gembira dan gementar bila aku mengetahui yang diri ini sudah mula ingin bercinta lagi namun aku masih risau jika aku berjumpa dengan orang yang salah lagi. Aku tak nak sejarah berulang lagi buat sekian kalinya. Cukuplah siksanya pengalaman lalu yang aku benar-benar menguji kesabaran aku kini aku tak mahu mengharunginya lagi.

Ya Allah jika benar hati ini sedang ingin bercinta, aku mohon kau ketemukanlah aku dengan seorang lelaki yang matang dan dapat membimbing aku ke jalan ISLAM yang sebenar. AMIN

Aper pon aku harap jika benarpon aku sedang ingin bercinta lagi selepas ini, AKU berharap sangat aku tak terburu2 dalam menilai dan membuat keputusan. AMIN!

Wednesday, May 19, 2010

Kenali Miss Dee

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, May 19, 2010 2 comments

Love Zodiac Profile- Leo


If you are Leo:
You like to have the upper hand in your relationships. You prefer to be chased by the opposite sex and not vice-versa. You are very protective about your beloved. You are totally indulgent and like to woo the opposite sex in style. Candle-lit dinners, flower bouquets, mushy greeting cards, chocolates are your weapons of choice. You are a very passionate lover. Pleasure is foremost on your mind. You know how to make your sweetheart feel special. At times you get jealous in your relationships.


Your kissing style:
You are a superb kisser. Your kisses are remembered forever.

To attract you, the opposite sex must be:
attentive, indulgent, entertaining, respectful, etc.

You are more compatible with - Sagittarius, Aquarius, Aries, Pisces
You are less compatible with - Scorpio, Gemini, Capricorn


Qualities Of Leo
Leader, Magnanimous, Charming, Creative, Faithful, Loving, Lavish, Honest, Powerful, Confident, Noble, Optimistic, Cheerful, Ambitious, Majestic & Romantic.

Lucky Color - Golden Yellow
Lucky Stone - Ruby
Lucky Day - Sunday
Lucky Number - One
Lucky Metal - Gold

Monday, May 3, 2010

Good Start Up

Posted by Dee Lunatik at Monday, May 03, 2010 0 comments

Last week ada ketenangan di hati ini. Ada pembaharuan yang dilakukan dan ada benda baru yang baru diketahui. Pokoknya minggu lepas ada pembuka cerita yang sangat bagus tuk bulan May ini.
30th April
I’m going back to Perak. It’s a long drive but it was worth it. B4 aku balik ke perak dengan tak semena2, aku terjumpa dengan kawan lama aku di Sogo. Huda si cantik jelita. Hihi After sembang ngan dia Aku terima plak msg dari Kenalan yang dah lama menyepi sejak tercetusnya issue di antara kami dahulu. Memang tak pernah ku duga lansung yang dia akan kembali bertanya khabar. Aper pon I’m glad to hear news from him back again. Lega rasanya bila dia sudah mula menunjukkan tanda untuk berkawan semula.
1st May
From Perak I am heading to Kajang for wedding ceremony. My cousin gets married that time. Dah lama tak attande wedding nyer kenduri dan tak rasa happy dapat berkumpul macam hari ini. Semua pon ok. Walaupon perjalanan 2 jauh tapi for Family aper pon taka pa.
2nd may
I’m going out with my old girlfriends. I waited 2 go out with her for so such a long time. Finally she makes the call to go out. We both go to Mid watch movie, do some shopping from Mid Valley to Sogo. One whole day dapat spent masa ngan dia memang best. Dah lama tak kuar ngan girl berdua jer. Di sinilah ada nya story yang aku baru tau tentang insan2 yang aku dah delete dari list kawan2 aku. Tak sangka Penipuan masih berlaku dan keinsafan dan pengajaran tak pernah wujud. Namum aku Cuma mendengar cerita itu tanpa punya apa2 perasaan kerana aku tak mahu terbelenggu lagi dalam plot cerita yang sama. Thanx 2 her sebab ceritakan pada aku.
3rd May.
Bos tak masuk office hari nie. Hurmmmm semua budak office senyum jer… Aku??? Masih bz tapi sempat curi masa mengupdate blog ni…

Thursday, April 22, 2010

Khamis/ 22-04-2010

Posted by Dee Lunatik at Thursday, April 22, 2010 0 comments
Ahh… Hari nie hari ker 3 aku melepak tanpa sebarang kerja. Busan sungguh rasanya macam nie. Hurm diaorang nie pon tak nak bagi aku job ker. Tak kan nak makan gaji free kat sini, tak best la… Hurm tak apa la atleast semalam aku dah bising2 kat salvy soh bagi kau job , kalau dia tak bagi jugak tak tau la. Kalau Lyn @ atiqah mintak tolong pon aku memang available sangat ni. Time nie tak nak plak diaorang mintak tolong eh waktu aku bz 2 mintak tolong plak. Mungkin diaorang pon dah tak der job sangat kot kat bawah 2.

Kenapa minggu nie aku rasa macam slow jer. Semua yang aku buat slow jer n tak semangat. Tido aku pon dah mula terganggu balik. Ahh I miss my beauty sleep.



Malam tadi semalaman aku tak leh tido.jenuh la aku dengar lagu la bukak tv la tutup tv balik semata2 nak make sure aku leh tido, tapi hampeh tak berjaya jugak.Semuanya gara2 waktu tido aku dah over n semalam aku pekena hezalnut coffee banyak sangat. Hurmmmm tapi 2 la bila jumpa member2 lama memang la cam 2, borak sampai ke pagi baru nak balik. Nasib la kedai 2 dekat jer ngan umah aku.



Skang nie aku di office. Aku rasa anytime jer aku leh tido nie. Sebab mata memang dah berat jer nie. Maklumlah dah lama tak kuar malam cam dulu2 lagi jadi tak leh tahan dah. (^_#) Aku harap aku leh bertahan sebab kalau aku tido memang kantoi giler la pasal dah la tempat aku nie sebelah jer ngan bilik bos n tempat aku nie laluan utama dia nak masuk office. Kalaulah bos aku Nampak kau tido tak ke naya 2. Tak pasal2 aku kena tatatertip n ceramah kang. (^_^) hihi mintak disimpangkan lah

Friday, April 9, 2010

PENAT

Posted by Dee Lunatik at Friday, April 09, 2010 0 comments
PENAT. E2 lah yang mampu akau rumuskan untuk aktiviti aku sepanjang minggu nie. Pagi aku start masuk office kol 9 n balik kol 9 malam EVERYDAY tok sepanjang minggu nie.Sampai rumah mandi,solat n makan pas 2 aku kena study plak. AKu ada exam sabtu nie. Wahhh tensen tol… Pagi nie aku betol2 tak larat dah nak bangun tapi still kena bagun sebab nak pack barang2 b4 exam aku esok. Buku dah dibaca note aku dah downloads dari internet n dah baca. Latihan masih buat sampai pagi ini sambil aku sarapan. Aku harap aku boleh buat dengan baik exam kali nie.
Nasib kerja kat office Cuma ada 1 jer yang masih pending sebab orang yang incharge document 2 tak der. So lepak la sekejap. Ok 8er la yer kalaua da masa nanti aku update ag la eh…
Daa…

Saturday, April 3, 2010

I DO...

Posted by Dee Lunatik at Saturday, April 03, 2010 0 comments

Kawin… hurmmm benda 2 la yang bermain di fikiran aku tika ini. Semua nie dek kerana janji yang aku dah buat dengan Kwien dulu waktu aku dah pon berpisah dgn partner aku.Selepas dari perpisahan e2 , aku ada cakap ngan dia, kalau dia dah ada anak nanti aku akan kawin… Tapi lepas konvo ari 2 aku terus menyepi sampai al 2,3 hari nie aku kembali berhubung dengan dia. Tau2 jer dia bagi tunjuk gambar anak dia.. COMEL giler!!!!!!!!!! Sama comel macam dia jugak… Seronok aku melihat kegembiraan dia sekarang. Hidupnya kini dah lengkap dengan adanya suami tercinta dan ditambah seri dengan kelahiran puteri mereka yang comel 2….
Bila tengok sorang demi sorang kawan2 aku yang dah mendirikan rumah tangga dan ada pon di antara yang lain 2 sudah mempunyai anak, tergerak pulak dihati ini untuk memiliki kehidupan seperti e2. Siapa yang tak mahu dimiliki dan mempunyai zuriat sendiri untuk menyambung keturunan. Aku juga ada menyimpan hasrat seperti 2. Cumanya apa yang menghalang aku kala ini ialah AKU sendiri. Pengalaman bercinta yang menyiksakan menjadikan aku sedikit trauma nak bercinta lagi. Ada banyak penyesalan dan amarah dijiwa ini yang aku pendamkan sejak sekian lama. Walaupon benda 2 dah berlalu namun parut dan kesannya masih berbekas di hati ini. Bukan mudah untuk aku memaafkan dan melupakan apa yang telah terjadi padaku dulu.





Sudah 2 tahun aku menutup pintu hati aku dari dimiliki sesiapa dan kini aku masih mengunci pintu hatiku kerana aku tak mahu tersalah langkah lagi. Aku akui dalam tempoh aku meyepikan diri itu ada yang cuba merisik khabar untuk menjadi pengganti teman hidupku. Tapi ia tidaklah semudah yang disangkakan. Aku tak nak sejarah sejarah buruk yang menghantui diriku ini berulang kemabali. Ada yang menegur supaya aku jangan terlalu memilih. Tapi aku jelaskan kepada mereka aku harus memilih dengan lebih teliti kini kerna aku tak nak bazirkan masa aku mengenali insan lain yang hanya akhirnya akan menyakiti hati aku dan membuatkan aku menyesali diri berkenalan dengan dirinya.

Tahun nie usia akan menjangkau ke 25 tahun. Namun di usia ini aku masih sendirian. Tak ada apa yang aku kesalkan dengan keputusanku ini. Aku redha dan pasrah meneima ketentuan hidup aku. Mungkin inilah yang dikatakan NASIB aku. Ya NASIB yang aku harus lalui diatas jalan yang aku pilih sendiri.

Along ngan Angah masing2 dah mula bercakap soal perkahwinan. Masing2 mahu mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Aku doakan urusan mereka e2 dipermudahkan oleh Allah s.w.t AMIN.



Ya Allah Ya Tuhanku… Aku hambamu yang lemah ini memohon keampunan kepada dirimu diatas setiap kesalahan yang pernah aku lakukan sepanjang hidupku. AKu juga memohon agar kau pertemukan aku dengan insane yang dapat membentuk keterunan yang akan patuh kepada suruhan-Mu. Kau percepatkanlah jodohku dan kau berikanlah aku jodoh yang dapat membimbingku dengan sebaik mungkin. AMIN…

Thursday, April 1, 2010

Bosannya!!!

Posted by Dee Lunatik at Thursday, April 01, 2010 0 comments
First day di tempat baru.... Semua pon baru... yang lama cuma baju yang aku pakai nie jer.... hurm first day nie tak der banyak sangat yang aku pelajari... sekadar mengenal sistem yang mereka gunakan dan ambik tau cam mane ia berfungsi... Miss Salvy yang handle aku pon tak der hari nie so esok la baru aku akan benar2 tahu tugasan aku disini... tempat baru muka bebudak office pon baru gak la kan... so far ok jer la... aku pon banyak diam cam biasa... tak der benda menarik yang nak dibualkan pon...

skang jam di tangan aku dah menunjukkan pukul 5.15 petang.. tinggal 45 minit ja lagi tok aku bekerja pada hari ini... hihih... pas 2 balik la.... tapi aku tak terus balik gak.... ada benda yang aku nak beli... semalam aku g mydin kat jalan masjid india tapi tutup la plak... hari ni kalau aku rajin aku g jer beli barang kat mid valley... tapi kalau aku malas aku singgah jer la maner2 kedai kang beli jer la apa yang ternampak....

Skang nie aku ni malas betul.... motivasi diri dah kurang la gamaknya.... ntah apa yang merasuk di jiwa aku kini pon aku tak tau la... aku perlukan pembaharuan yang drastik tok kembali menceriakan hidup aku tika kala ini.... cewahhhhhhhhhh....

petang nie hujan lagi di Kuala Lumpur nie... Alhamdullillah.... tapi aku nie tak der payung... so aku ingat nak mencari la jugak kejap lagi nie,...

Ok la geng wa cau dulu eak nak layan kak ema ni plak.... daaaaaaaa

Wednesday, February 3, 2010

Scandal??? Ops,,,

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, February 03, 2010 3 comments
Scandal

Satu perkataan yang boleh menimbulkan curiosity bagi sesiapa jua yang mendengar dan mengalaminya sendiri. Kenapa agaknya ada diantara kita memilih untuk memiliki scandal? Lama aku kaji bab nie dan aku rasa aku nak kongsikan sedikit dari apa yang aku tahu.

Dari pengamatan aku, scandal ada berbagai2 jenis. Ada orang memilih untuk “berscandal” dengan suami orang, girlfriends atau boyfriends orang, atau isteri orang. Walau dengan siapa pon mereka menajalinkan hubungan sulit itu mereka pasti mempunyai alasan2 yang tersendiri mengapa mereka memilih jalan e2.Tujuan aku disini bukan nak mengaibkan sesiapa. Cuma dari pengamatan aku, individu yang memilih untuk menjalinkan hubungan sulit nie hanya mahukan kegembiraan semata2. Logiknya mungkin begini.

Bagi yang sudah berkahwin, alasan mereka mencari pasangan lain di luar mungkin kerna mereka mahukan sesuatu kelainan dalam kehidupan mereka. Yer la mungkin kerna perkahwinan yang dibina dah tak ada element surprise lagi atau perhubungan e2 mempunyai masalah tersendiri menyebabkan mereka mencari keseronokkan diluar dengan sesiapa sahaja yang berminat. Bagi lelaki gadis2 remaja menjadi sasaran mereka kerana girl nie lebih energetic dan dapat memenuhi kehendak mereka untuk merasa muda kembali. Bagi perempuan pula mereka selalunya mencari lelaki yang memahami dan dapat menyediakan masa untuk mereke seperti mendengar luahan hati mereka dan sentiasa memberi semangat kepada mereka bila mereka rasa down @ gembira.

Bagi pasangan muda yang sudah memiliki couple sendiri pula (baik lelaki mahupun perempuan) terdapat beberapa sebab yan mungkin dijadikan alasan kenapa mereka memilih untuk mencari pasangan lain untuk dijadikan spare part @ spare tyre @ scandal. Pertamanya DUIT. Yang nie dulu memang kita dengar dan tahu perempuan lebih suka pasang banyak2 sebab kalau hanya stand dengan satu lelaki ja cam mana kehendak mereka nak dipenuhi betol tak. Tapi zaman sekarang nie lelaki pon dah banyak yang suka kikis duit perempuan. Tak perlu nak dinafikan kerana zaman sekarang ni NO MONEY NO TALK babeh…Keduanya untuk dibuat PILIHAN. Yerla orang kata kawan biar beribu kasih biar satu. Tapi sekarang kan zaman seba boleh. Kena la advance sikit, kiranya sediakan payung sebelom hujan la.Lazimnya mereka akan menilai dari semua aspek. Pekerjaan, taraf pendidikan, kewangan, latar belakang, rupa paras dan sebagainya.Cinta sejati 2 hanya wujud bagi zaman cinta monyet aja. Mana yang bertahan 2 alhamdulillah la maner yang tak 2 tak la. Tapi mungkin mereka sendiri punya alasan kenapa memilih untuk mencari spare part. Ketiganya saja SUKA2.Yer la kalau gaduh ngan pasangan masing2 atleast ada la somebody else untuk bermaja2 kan.

Bagi girl yang tak der pasangan plak, mereka mungkin menjalinkan hubungan dengan orang yang sudah memiliki pasangan sendiri kerana factor2 berikut. Pertamanya kesuyian. Ye la bila dah pernah merasa bercinta dan ditinggalkan mestila sedih. Jadi untuk mengisi kesunyian mereka 2 mereka mencari sum1 untuk dijadikan teman tapi mesra.Keduanya financial. Mungkin dulu dah biasa sangat di taja oleh bf sendiri jadi tabiat 2 dah sukar nak dikikis kot. Nak2 plak bila terjumpa ngan lelaki yang beharta mesti dia tak nak lepaskan peluang nie kan. Ketiganya perasaan untuk disayangi. Yang nie lebih kurang cam alasan pertama tadi jugak la. Yang ke empat plak girl nie memang nak mencari pasangan hidup. Mungkin kerana dah lama lonely dan akhirnya terjumpa dengan sum1 yang menabur semuala janji manis untuk hidup bersama 2 yang buat dia nekad nak teruskan perhubungan ni. Semua nie bergantung dengan siapa mereka menjalinkan hubungan. Suami orang @ boyfriend orang @ tunangan orang.

Bagi lelaki single plak juga terdapat beberapa factor. Pertama keinginan untuk disayangi dan dimiliki oleh seseorang. Yer la nak juga rasa dibelai2 dan dimanja2 oleh wanita.Keduanya financial. Yang nie merujuk kepada lelaki yang jadi TOYBOY untuk wanita yang sudah berkahwin tap tak dilayan oleh pasangannya lagi. Hanya dengan berbekalkan kesetian dan janji manis yang macam2 senang aja mereka nie nak dapat duit esp bagi yang ada rupa paras yang menarik.Ketiganya untuk keseronokkan dan hubungan intim. Well Man will always be a MAN. Tak kan ada satu lelaki pon di dunia yang serba moden nie tak nak benda nie walau sealim maner pon orang 2. Kalau dah hari2 melihat wanita jelita di depan mata mesti akan terdetik di hatinya walau sekalipon keinginan ke situ. Untung2 kalau kena yang sama2 sempoi lagi senang cerita. Tak der la complicated sangat kalau nak tinggalkan pon..

Aku yakin mesti ada alasan2 lain yang menyebabkan mereka memilih untuk mencari pasangan lain nie. Apa yang aku nyatakan nie mungkin ada sedikit dari reality kehidupan sebenar. Cuma persoalan sekarang nie seronok ker berscandal nie? Jawapannya tepuk dada tanya la selera. Cuma apa yang pasti, pasangan yang berscandal adalah bersifat menyeronokkan. Jadi kalau ada diantara korang memilih untuk membebankan pasangan scandal korang dengan masalah2 luv life korang mungkin kurang bersesuaian kot. Sebab orang yang berscandal ni hendakkan kegembiraan dan melupakan kesedihan atau keboringan hidup yang mereka sedang jalani dengan pasangan2 mereka ni. Kalau tak buat apa mereka mencari orang lain untuk menggembirakan mereka. Right? Well at least that what I was thinking on, not sure about u guys. Satu lagi bila berscandal nie, jangan la nak bermimpi nak merajuk2 lelebih sebab kalau partner dia dah start buat cam 2 equla 2 BYE2 la. Becoz element fun 2 dah tak der n u become part of their problem. Kalu merajuk sikit2 2 ok la kot tapi kalau lelebih 2 wasalam jer la.Kalau dapat yang sama2 ok 2 luck la kot. Wow did I jus say that? hihihi

Yer aku tau apa apa yang aku katakana ini tidak disusuli dengan fakta2 yang lengkap seperti draft survey ker keratan akhbar ker apa bukti aja la tapi aku menceritakan dari apa yang aku lihat,amati,dengar dan selidik sendiri. Pengamatan ak melihat telatah kawan2 dan kenalan di sekeliling aku membuatkan aku rasa topic nie menarik tok dituliskan. Kalau korang rasa berguna bagus la kalau korang rasa tak betol korang abaikan aja story ni dan kalau ada comment sila email kat saya atau leave aja comment 2 kat sini k. Aper pon cerita ni aku coretkan kerna 1 otak aku ngah tepu ketika ini keduanya hanya sekadar luahan dari apa yang aku tahu. Jika ditanya pada aku adakah aku akan memilih untuk memiliki scandal jawapan aku NO COMMENT. Kerna aku tau kalau aku cakap tak mesti last2 aku terkena juga. TUHAN akan menguji kita dengan apa jua cara sekalipon bagi setiap tindakan yang kita pilih. Kalau aku cakap ya apa gilakah akan aku??? Nak cari nahas betol nampaknya!!! Apa yang mampu aku lakukan berdoa mudah-mudahan pekara sebegitu dijauhkan dari aku. AMIN

Apa2 pon skang nie aku tak der partner. Sama ada korang pecaya atau tak 2 hak korang la. Apa yang akan terjadi kemudian hari biar Allah sahaja yang menentukan dan untuk aku terokai dan alami sendiri nanti. Jadi Renung2kan apa yang aku coretkan ini dan selamat beramal…
-XOXO-
(^_^)

Thursday, December 24, 2009

Hello

Posted by Dee Lunatik at Thursday, December 24, 2009 2 comments
hallo...

Lama sungguh rasaya aku menyepi dari blog aku nie... Rindu plak nak menulis tapi idea tak teratur lagi nie, sebab banyak sangat.. tepu otak ini seketika... Banyak pekara yang berlaku dalam kehidupan aku past this few month... ada cerita best ada cerita tak best... Semua aku dah redah dalam masa 2 bulan nie... Ada antara pengalaman yang benar2 menguji kesabaran aku dan ada insan yang aku rasa aku patot tinggalkan kat tepi buat selamanya... Well itulah kehidupankan.

Aper pon hidup ini ada hukum karmanya... Beleive in Good N ALLAH

Untk Pasha yang ada di sabah kini... Miss u Sis... Harap2 kita jumpa lagi la hendaknya...

ok la8er k... daaa.

Tuesday, November 24, 2009

Hukum Karma

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, November 24, 2009 0 comments
Skang nie aku rasa aku dalam keadaan yang sangat marah.... hati aku ni rasanya dah nak meletop jer yang kata2 yang kesat yang bakal membuatkan insan lain terluka dia atas tindakan dan kelakuannya sendiri. tapi on the other hand mind aku plak kata sabar cik mimie... jangan cepat melatah... mungkin ada hikmahnya disebalik semua nie.. mungkin ini pengajaran di atas kesilanpan aku yang lalu... ntah aku pon dah pening bermain dengan diri aku sendiri....

Memang bemar aku sangat marahkan kawan aku ( layak lagi ker aku panggil di ni kawan??? ) yang sorang nie.. sangat marah!!! tapi aku tak tau kenapa aku masih bersabar dengan semua nie... kenapa la hati kata lain, minda kata lain dan gerak tubuh aku kata lain... hurmmmm sakitnya bila ada perasaan seperti ini...

Bila dikenang2 balika aper yang terjadi nie, buat aku rasa sedih...Namun ceritanya hampir sama dengan apa yang pernah aku alami satu masa dulu.Perasaan dan keadaan dimana amat tidak menyenangkan dan disenangi lansung...Ahhhh mencinya bila ada rebound balik dalam kehidupan!!!!

Tapi aku percaya itulah hukum karma yang aku sendiri terima diatas kesilapan aku yang lalu... Mungkin sekarang baru aku merasakannya... Jadi bila aku terkena sebegini hurmmmm ... tau tak mulanya dalam hati nie menyumpah2 dan aku mendoakan keburukan terjadi pada dirinya @ keluarnya... Namun hati manusia yang sering berubah2 nie membuatkan aku adakalnya beraalh dan menganggap semua ini sebagai satu pengajaran dalam aku mengenal perangai manusia di muka bumi ciptaan yang maha Esa ini.

Ahhhh tapi hati aku masih sakit dengan semuanya!!! apa yang perlu aku lakukan??? Marah macam orang gila kat dia??? Terus berdiam diri??? atau menunggu dia sedar kesilapannya???

Hmmmm aku ini hanya hambanNYA yang lemah dan selalu tewas dalam godaan syaitan. Jadi sebagai insan yang biasa aku rasa aku hanya mampu berdoa kepadaNYA supaya di balaskan @ dibalikan apa yang dia telah lakukan kepada aku kepada dirinya @ keturunannya,,, Aku tidak mampu berbuat lebih dari itu... Hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga semuanya akan selesai dengan baik dan pihak yang benar akan dibela...

Mungkin ada yang menganggap semua ini hanya mainan perasaan aku sendiri.. Namun sungguh aku amat percaya kepada ALLAH SWT dan hukum karmanya... Aku percaya jika kita berbuat baik kepada seseorang, kita akn mendapat balasan yang setimpal di masa hadapan, begitu juga jika kita mengainaya orang alin @ ada niat untuk mengambil kesempatan kepada orang lain, maka kita akan dibalas lebih teruk dari apa yang kita lakukan... Kenapa aku bercakap begini??? Kerana aku sudah melihatnya sendiri,,, Jadi hati2lah dengan apa yang kita niatkan dan lakukan supaya kita tidak mendapat karma yang buruk...

Aku pon manusia biasa biasa yang masih memperbaiki diri dari melakukan kesilapan.... Hmmm -_-

Friday, October 2, 2009

Lirik Lagu Angel - Atilia lyrics (Ost Talentime)

Posted by Dee Lunatik at Friday, October 02, 2009 5 comments
Angel
I have a dream of you I can't defined
You've been on my mind
Don't go
I feel lost without you by my side
Lost and on my own
Yeah I'm falling for an angel

Angel
Your brightest star is shining next to mine
Every night and day
You know
Stars exploded then they fade away
Then they fade away
Yeah I'm falling for an angel
Yeah I'm falling for an angel

Would you please be my babe
Come by and I lay you down
I'm loving when you say I love you too

Won't you please be my honey
I'm sorry that I let you down
Your eyes are breaking my heart in two
Break my heart in two

Angel
May the one above us keep you safe
Every night and day
If he knows
How I love the smile all on your face
When you are here to stay

Yeah I'm falling for an angel
Yeah I'm falling for an angel

Thursday, October 1, 2009

TEMPER

Posted by Dee Lunatik at Thursday, October 01, 2009 2 comments
Aagrhhhhhhhh nak jer rasanya aku menjerit pada telinga setiap orang yang mengganggu aku semalam. Kenapa perlu di risaukan aku yang keseorangan di sini. Bagilah aku ruang untuk diri aku sendiri. Aku BUKAN MILIK SESIAPA dan jangan cube samakan aku dengan pasangan –pasangan korang yang lain @ bekas pasangan korang.

Don’t expect me to understand u like your partner do & most of it DOESN’T EVER EXPECT I WILL TREAT U JUST LIKE WHAT U EXPECT ME TO BE!!!Remember this IM NOT YOURS!!!!

I need time for myself. Why everyone are DEMAND me to understand their problem n be sympathy with their life, DEMAND me to understand them like IM THEIR LOVE LIFE PARTNER, DEMNAD me to respect them while I DID NOT GET ANY OF IT FROM THEM… WTQ!!!

Hello kalu u boleh demand macam – macam salah ker kalau aku tak nak layan korang. Salah ker aku kalau aku perlu masa untuk diri aku sendiri. I don’t think that I need to be so UPDATE about MY PERSONAL life to you. Come on la do give some RESPCT to others PRIVACY and don’t question why they need time for themselves.

I’m so fade-up and tired with all this SHIT & I’m VERY upset with it.

Please la, I never ask you guys to understand me just like my parent do, enough if you can keep in your head that I am also a human that have feeling to take care of.

-SIGN OUT-

Friday, September 25, 2009

alahai Mak....

Posted by Dee Lunatik at Friday, September 25, 2009 2 comments
Serabot... Hatiku runsing... ada sesuatu yang menggangu kotak fikiran ku kini. Entah kenapa hatiku runsing tentang sesuatu dan aku masih tidak dapat mentafsir apakah makna disebalik ini semua. Aku akui, sejak dari balik bercuti sempena raya tempoh hari aku banyak berfikir. Waktu itu apa yang aku risaukan hanyalah perihal kerja aku. Bilakah aku akan pergi meninggalkan tempat ini. Sudah tak sanggup rasanya aku tinggal walau sehari lagi di sini. Sudah tiada kedamaian yang aku boleh harapkan disini lagi. Perihal kerja baru ku ini benar-benar menggangu jiwaku kini. Ahhh kenapalah aku mesti mengunggu untuk mencari sebuah kepastian. Katakan sahaja agar segala gundah aku terhapus kini.

Aku dapat rasakan yang bukan hanya itu yang aku risaukan tika ini. Masih banyak pekara yang aku fikirkan. Raya. Raya kali nie hati ku bercampur baur. Tak pernah pernah aku rasakan perasaan sebegini sebelom ini. Inilah kali pertama ianya terjadi. Emak. Entah kenapa aku begitu risaukan soal emak sekarang ini. Mengenagkan dan mengetahui yang mereka bakal menunaikan haji pada bulan hadapan membuatkan aku merasa gundah dan risau yang amat sangat. Raya kali ini kelakuan emak aku rasakan aneh. Aku cuba melawan perasaan ku ini dan cuba untuk tidak memikirkannya namum aku tak boleh lari dari teringat akan setiap kelakuan mak.

Setahu aku, sepanjang aku hidup dan membesar dengan mak, mak adalah antara orang yang paling tak suka gambar dirinya dirakam baik di dalam video atau camera. Aku ingat lagi , aku pernah kena marah ngan mak sebab tangkap gambar dia dulu. Aku pon tak faham kenapa mak marah sangat gambarnya dirakamkan. tapi Syawal kali ini, emak la antara orang yang paling teruja untuk menangkap gambar keluarga dan gambar kami bersama sanak saudara yang lain. Aku tidak tahulah kalu pekara ini hanya biasa, cume bagi aku apa yang mak lakukan ini pelik. Bayangkan mak yang beria- ia suruh kami berkumpul pada raya ke 2 untuk tangkap gambar studio di kedai. Katanya untuk kenang- kenanngan. Malah setiap kali ada tetamu yang datang pasti mak menyuruh aku atau adik aku menangkap gambar untuk dijadikan kenangan mak. Ayatnya masih sama, untuk kenang-kenanngan mak ngan abah nanti.

Keduanya, setiap kali raya selalunya mak akan menjemput semua saudara mara datang makan dirumah dan makanan akan dihidangkan pada para tetamu. Berbeza dengan tahun ini, mak hanya buat buffet sahaja. katanya senang dan tak penat. Aku setuju tapi bila kebiasaan tu diubah dengan tiba - tiba aku rasakan ada yang tak kena. begitu jugak persiapan raya, tahun ini mak tak berbelanja sangat untuk persiapan raya. Semua kami adik beradik yang uruskan. mak hanya amsak rnedang untuk raya dan makanan pagi raya sahaja. dari bab lain kami yang uruskan. tapi part ini tak begitu menggangu aku kerana awal-awal lagi aku dah g tau mak yang tahun nie biar kami adik beradik yang uruskan persiapan raya.

raya kali ni mak lebih ceria dan tak habis-habis menyatakan hasratnya untuk bermenantu. Angah aku la menjadi mangsanya. mak benar-benar berharap agar angah berkawin dahulu dari kami semua. Angah pulak sama seperti aku masih tidak mempunyai sesiapa dan masih belom bersedia lagi. Mak siap nak mencarikan jodoh lagi untuk angah.

Bila aku kenang-kenang yang insyaallah mak dan abah bakal menunaikan haji tahun nie, aku tiba-tiba risau yang amat sangat. Aku tak minta pekara buruk terhadi dan aku mendoakan keselamatan mereka pergi dan pulang serta keberkatan mereka menunaikan haji.

Ya Allah hanyak kau yang maha mengetahui isi hatiku kini dan hanya kau yang mampu menentukan segalanya. Aku memohon kepadanmu agar kau selamamtkanlah perjalanan kedua orang tuaku ke tanah sucimu nanti. AMIN.

Monday, September 7, 2009

Kita kan kawan...

Posted by Dee Lunatik at Monday, September 07, 2009 3 comments
“Kita kan kawan…” ada apa denga kawan???

Hmm kusangkakan panas hingga kepetang rupanya mendung di tengah hari.... kisah ceritara yang ini mengisahkan tentang 2 hati yang baru nak bersatu tapi dikencam oleh banyak dugaan. Kepercayaan , mainan perasaan dan kejujuran dipertaruhkan dalam permainan ini. Perlawanan bukan berniat untuk mencari saipa juara, ia Cuma lebih kepada mencari sebuah jawapan yang hakiki tentang apa yang dilalui dan dirasai.

Kawan... boleh kita perolehi bila-bila sahaja dn dimana jua kita berada. Kwan baik? Seseorang yang kita rapat dan memberi kepercayaan yang bolah kata tinggi kepadanay. Kawan rapat... sesiapa sahaja yang sudah lama bersama kita dan setia dengan kita.. Kawan istimewa.... seseorang yang kita punya rasa getar yng sama seperti kta rasa..... Kawan tak baik... jangan la di ikuti dan di contohi...

Kawan sahaja??? Ada apa dengan kawan sahaja??? kalau betol namanya kawan kenapa harus ada cemburu ??? kalau benar hanya sekadar kawan kenapa boleh bersifat mengawal dan melindungi... kalau benar hanya sekadar kawan.... masakan ada yang sanggup berhemapas pulas untuk susah senang bersama...adakah semua kawan-kawan mu dilayan begitu????

Kawan.... katanya kita kan kawan... jika kawan kenapa ada yang terseksa??? Kenapa ada yang derita dan kenapa ada yang berduka... kalau kawan kenapa ada yang sanggup merana???

Rupanya hebat jugak pengaruh ”KAWAN” ni yer...

Ku lihat kekiri ada kawan... kulihat kekanan juga ada kawan... rasanya kalau ku terus mara kedepan atau aku mengundur kebelakang juga pasti akan ku temu jugak dengan kawan kan...

Entah la kawn.. hanya kau sahaja dapat menilai dirimu dan hanya kau dan yang Esa tahu apa agenda mu... namun sebagai seorang kawan aku ingin ingatkan... yang kita semua punya hati untuk dijaga...

Remunung-renungkan dan selamat berAMAL....

Saturday, August 29, 2009

Ramadan datang lagi...

Posted by Dee Lunatik at Saturday, August 29, 2009 1 comments
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 8 kita semua berpuasa. Kepada yang berpuasa Selamat menuniakan ibadah puasa dan kepada yang uzur jangan lupa ganti balik nanti dan kepada yang memang sengaja malas nak puasa semoga anda suatu hari nanti anda akan mendapat sinar keinsafan di jalan yang benar.

Puasa kali ini aku berada jauh dari kawan-kawan dan keluarga. Pengalaman pertama berpuasa di perantauan tanpa insan tersayang di sisi tidak banyak bezanya dengan puasa – puasa sebelumnya. Kalau ada pon sekarang aku dah tak keluar merayap melepak di kedai makan sampai kol 3 pagi semata-mata nak sahur ngan boyfriends’ aku lagi, atau aku dah tidak dikejutkan bangun sahur dengan suara merdu mak aku lagi, aku dah tidak segairah dahulu untuk membeli keperluan raya seperti menempah baju bersama – sama kekasih hati atau sibuk menolong mak untuk menyediakan juadah berbuka. Sekarang aku cuma ada Izah, teman sebilik yang aku dah anggap sebagai adik aku sendiri.

Kehidupan di sini serba sedahana.Tiada apa yang memberatkan. Ibadah tarawikh aku lakukan seperti tahun-tahun sebelumnya cume sahur jer aku dah tak bangun untuk makan seperti dahulu lagi.

Ramadan banyak mengajar aku erti kesabaran dan kesyukuran. Semua perasaan marah , syakwasangka , ragu – ragu dan prasangka buruk aku tinggalkan disini. Aku juga berdoa agar ramadhan kali ini memberi aku kerahmatan yang berlipat kali ganda dari sebelumnya dan akan dapat menyucikan hati aku dari berperasangka buruk sesame manusia yang lain.

Sempat juga aku kembali ke kampong halaman aku di Slim untuk menyambut Ramadan pertama bersama keluargaku. Walaupon perjalanan dari Sg.rengit ke Slim memakan masa hampir 7 jam tapi alhamdulillah aku selamat sampai juga ke kampong halaman ku. Sahur pertama aku bersama keluargaku tahun ini mencuit kembali ingtan pertama aku sewaktu kecil dahulu. Meriah sungguh waktu tu. Kami ramai-ramai akan duduk di dapur untuk makan. Lauk yang mak masak pon banyak sebab kami ramai.


Selalunya waktu hari pertama sahur mak akan memasak lauk yang berasaskan ayam sebab nak umpan kitaorang supaya semangat berpuasa dan bersahur. Kemudian kami adik beradik dah mula bertanya pasal baju raya dan duit raya kepada abah. Abah hanya senum jer dan cakap puasa la dulu nanti abah belikan. Abah insan yang paling aku sayang kat muka bumi Allah ni tak pernah nak menghampakan permintaan anak-anaknya walau sekalipon. Terima kasih abah atas semuanya. Sekarang giliran akak pulak balas jasa abah yer.

Selalunya mak akan mula mencari kain untuk dibuat baju kurung seminggu selepas berpuasa. Waktu tu aku sedar mak ngan abah bukannya ada duit sangat pon, namun mereka tak pernah nak menjadikan itu alasan untuk tidak memenuhi tuntutan anak-anak mereka dan tanggungjawab mereka sebagai mak dan abah kepada kami semua. Bila dikenang-kenang besar sungguh pengorbanan mereka berdua. Aku tak rasa aku mempu membalasnya sebaik mana mereka pernah beri pada aku.

Suasana nak menjelang raya amat meriah. Waktu tu mak akan menyuruh kami semua mengemas rumah. Tempat utama yang akan dikemas ruang dapur,ruang tamu,bilik aku dan toilet. Aku ingat lagi macam mane suasana tu. Meriah sungguh. Memandangkan aku dulu duduk di quarters balai maka kemeriahannya sungguh luar biasa. Aku dapat lihat semua rumah di sekitar blok aku duduk tu melakukan pekara yang sama seperti keluarga aku sedang lakukan. Mengemas untuk memastikan tetamu berasa selesa di rumah menjelang raya nanti.Waktu tu masing-masing akan memasang lagu raya. Memang meriah. Ahhh rindunya aku pada zaman itu. 2, hari sebelom raya aku dah mula memasang langsir dan mak pon dah mula membeli barang basah untuk dibuat lemang,rendang dan lontong. Ni kira menu wajib tiap- tiap tahun la. Hihi

Abah memang teror masak lemang. Sapa yang tak rasa sila datang kerumah tok rasa yer. Hahahah. Mak plak memang teror masak rendang. Aku hanya teror makan jer. Tak susah pon nak datang kerumah Pak Deris (Abah) ngan Mak Idah (Mak) ni. Kuar jer tol Slim ambik susur ke kiri dan masuk simpang pertama selepas bus stand.Then terus naik ke atas dan cari rumah corner lot yang tiada pagar. hahahha

Bila dikenang-kenangkan semula kenangan tu buat aku tersedar seketika dimana aku berada sekarang dan siapa aku. Tak sangka sungguh sudah 24 tahun aku hidup di dunia ini. Sepanjang 24 tahun ini belum pernah sekali lagi pon lagi aku benar-benar berada sejauh ini dari keluargaku. Satu pengalaman yang menarik untuk aku simpan. Jika dulu aku tak sabar-sabar nak cepat menjadi dewasa kini aku mula merindui zaman kanak-kanak aku yang penuh dengan kegembiraan.

Buat abah dan mak, akak mintak maaf jika sepanjang akak membesar ni, akak banyak menyusahkan abah dan mak dengan kerenah akak yang macam-macam nie. Terima kasih kerana abah dan mak sempurna mendidik akak menjadi insan yang berguna.Akak tahu akak banyak menyusahkan abah dan mak selama ini, insyaallah jasa baik abah dan mak akak akan balas selagi nyawa dikandung badan.

Buat Ramadan, aku mengharapkan kerahmatan yang akan engkau limpahkan bagi umat yang berpuasa dan beribadat di dalam bulan kemuliaan mu ini. Semoga aku dan seluruh ahli keluargaku akan dirahmati. AMIN

Monday, August 24, 2009

Aku dan anak perantau

Posted by Dee Lunatik at Monday, August 24, 2009 0 comments
Ahad : 23.04.2009

Pagi ini tidorku dikejotkan dengan laungan suara mak ku yang memanggil aku dari dalam biliknya. Aku yang masih memelok bantal chomelku tersedar dan terus terjaga. Jarang sungguh aku terjaga kalau mak la yang panggil aku. Kalau abah tu yer la.. sebab sbah nyer aura tu buat aku cuak jer.. hihihi… Aku bangun sambil memelok bantalku dan eros ke bilik mak untuk bertanyakan soalan ”kenapa mak?” Rupanya mak Cuma nak tahu pukul berapa aku pulang pada hari itu. Setelah aku cakap selepas zohor aku masuk semula ke bilik aku yang betol-betol bersebelahan dengan bilik mak ngan abah. Mulanya aku mahu jer sambung tido aku ini tapi ntah kenapa rasa tak best plak dah bangun tido balik. Aku keluar semula untuk mendapatkan adik bongsuku yang chomel seperti afdlin shauki di ruang tamu. Kulihat dia masih lagi tido, nak ku kejot tak sampai hati la pulak. Aku kebilik semula lantas tuala mandi ku capai dan aku segera ke bilik air.

Setelah mandi aku lihat mak sudah pon bersiap-siap mahu ke pasar. Dah lama rasanya aku tidak kepasar basah ditempatku ini. Aku bersiap kerana aku mahu mengikuti emak dan abah ku ke pasar pagi tu.Oh yea adik perempuanku juga ikot sama kerana dia mahu mencari tudung ala ikin mawi. Aper-aper jer la asah janji kau happy.. ^_^

Setelah pulang dari pasar mak sudah mula memasak untuk lauk bekalan aku pada petang itu. Bila aku tanya ada aper yang boleh aku tolong emak hanya menjawab ”kemas aje baju kau tu nanti tak der la kelang kabot” hmmm mask nie masih seperti dulu... dia takkan kasi punya kau nie masak... cam ner la aku nak dapat resepi ai tangan dia cam nie... hmmm -_-

Selesai memasak mak memanggilku untuk menyuruh aku membungkus lauk-lauk yang dimasak tadi. Hmmmm sedapnya ada udang sambal,ada ayam goreng ada gulai ikan aper ntah,,,tapi aku Cuma ambik ayam dan smabal udang sahaja. Kemuadian mak pesan lagi suruh akau megambil agar-agar didalam peti ais yang dibuatnya semalam. Setelah semuanya aku siap bungkus mak cakap lagi ” akak nasi mak tak masak lagi, nanti akak beli la yer..: hmmm agak kecewa disitu.... -_-

Aku mengambil bus pukul 3 pada petang itu. Perjalanan yang hanya memakan masa 1 jam pon boleh buat aku terlelap sekejap kerana kepanasan. Tak lama pas tu aku sedar-sedar kau dah sampai pon di KL. ^_^ Aku berhenti di Masjed Jamek kerana ada benda yang perlu aku beli. Setelah bargasi dan lauk yang dibelakkan tadi aku simpan di loker MYDIN aku teros memulakan perjalanan ku untuk ke kedai buku yang terletak di hadapan SOGO. Aku cari Al-Quran buat temaku kerana dia memesan senaskah untuk dijadikan hantaran perkahwinannya yang bakal berlansong pada hujung bulan 10 ini. Setelah itu aku cari pula buku betajuk ”Rahsia Suami Isteri” untuk aku jadikan hadiah buat dirinya agar dia bersedia menempuh alam perkahwinan nanti.

Selesai membeli dan berjumpa dengan kawanku buat seketika, aku meneruskan mengambil bargasiku semula dan meneruskan perjalanan ke Steten LRT Star kerana aku perlu berada di Bandar Tasik Selatan selewat-lewatnya pukul 5.30petang. Dalam perjalanan itu sempat juga aku membeli kopiah untuk kuberi pada temanku disini.

Tren tiba tepat pada pukul 5.17 petang. Aku tiba lewat 5 minit dari masa yang dijanjikan. Aku kemudian menalifon warni bertanyakan dimana dia kerana aku perlu berjumpa dengan dia. Setelah lokasi dikesan aku segera pergi kearahnya. Mak dan adik-adiknya turut serta menemaninya pada petang itu. Setelah bersalaman kami membeli tiket KLIA transit ke Salak Tinggi kerana kami semua sudah berjanji untuk berjumpa dengan Cik Azim pada pukul 8 malam itu.Oleh kerana kami ini menumpang keretanya balik semula ke Yard maka kami sampai awal petang itu. Jam 6.30 petang akmi sudah tiba disitu. Yen masih tak tiba lagi.Maner la budak nie. Kejap lagi dah nak berbuka. Setelah abang kat situ kata dah boleh berbuka, aku ngan wani mengeluarkan bekalan kami dan makan disitu. Tapi kami hanya makanbuah dan agar-agar sahaja kerana kami masih menunggu Yen untuk berbuka sekali.

7.30 malam Yen sampai juga akhirnya. Setelah berborak serba sedikit kami mulakan makan kami malam itu. Yen juga mengeluarkan lauk yang dibawanya. Meriahlah kami 3 anak perantau duduk dikerusi stesen KLIA transit itu untuk berbuka. Selesai makan dan mencuci bekas yang dibawa,dan mengemas “Meja Makan” kami, tak lama lepas tu kereta Cik Azim pon sampai.

Perjalanan malam tu agak perlahan. Rupanya Cik Azim tak sihat. Dia demam. Patotlah dia bawak kereta perlahan jer malam itu. Kami berhenti di pagoh untuk seketika. Sambil duduk minum tak lama pas tu Cik Azim memberi cadangan untuk bermalam di Kulai kerana dia sudah tidak terdaya meneruskan perjalanan lagi. Memandangkan kami semua ini hanya menumpang jadi kami tak banyak ragam. Boleh ajer. Selesai check in Au, Warni dan yen tido dengan penuh rasa selesa. Nasib kali ini bantal chomelku aku bawak bersama jadi bila tido tu rasa best la sikit. ^_^

24.08.2009

Jam 430 am aku,bangun untuk mengejutkan warni bersahur. Tapi warni tido lagi. Aku pon tido la jugak. Tak lama pas tu Yen la yang mengejotkan ami berdua bangun bersahur. Baki lauk berbuka tadi kami keluarkan semula dan makan beramai – ramai. Setelah selesai kami mandi dan mengemas semula baju dan beg yang dicampak entah dimana malam tadi. Jam 530 am kami semua sudah berada dibawah lobi mengunggu cik azim tak turun-turun lagi. Setelah semuanya check out perjalanan dimulakan semula pada 540 am.

Hujan renyai pada pagi itu. Aku lihat yen dan warni dah tido, Aku masih terjaga hanya memerhatikan cik Azim memandu dalam keadaan yang agak merisaukan pagi itu. Lama aku terjaga ntah bila aku pon terlelap. Aku sedar semua aku sudah berada di Kota Tinggi. Aku lihat warni dan yen masih tido. Cik Azim pula masih memandu dalam keadaan perlahan pagi itu. Pagi itu aku lihat kereta tak banyak. Pemanduan Cik Azim dah menurun ke pada 93 km per jam semula. Aku lihat jam sudah makin hampir ke pukul 7 pagi. Dan kami masih didalam kereta. Lebih kurang pukul 720 pagi kami semua sampai di Office Ramunia. Beg dikeluarkan dari bonet kereta dan aku,yen dan warni jalan balik ke bilik kami. Aku dengan bantal chomelku nampak memukau orang lain pagi tu sampai ada yang bertanya baru nak lapor diri ker.. hahaha kelakar sungguh pak cik berbaju biru tu.

Hmmm tak sangka betol aku, dalam 24 tahun ni, inilah kali pertama aku makan berbuka puasa di stesen bertiga ngan kawan seperantau aku dan kali pertama sahur di bilik hotel yang lawa jugak la... Inilah yang dikatakan nasib perantau...huhuhu....haa lupa pulak bilik hotel tu aku tak kemas pon dan tak kasi diaorang kemas pasal ingat story cik raslan dan wife dia mengenai sikap menegmas bilik hotel tu... hihihihih

Well thats all for todays... arios….

Tuesday, August 18, 2009

Kosong

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, August 18, 2009 3 comments
Jam kat laptop aku ni dah melangkaui 12.57 minit pagi. Aku masih di sini sendirian melayani perasaanku yang satu ini. Hari ini aku lalui dengan penuh hiba. Talifon bimbitku yang sudah ketiadaan kredit. Sengaja aku biarkan ia tidak ber isi , setiap msg yang masuk aku hanya membacanya sepi tanpa memberi sebarang reaksi suka atau tidak Setiap panggilan yang kuterima aku lihat dahulu siapa pemanggilnya jika penting aku jawab jika tidak aku biarkan sahaja ianya berdering tanpa sesiapa pon menjawabnya.

Hari ini aku isytiharkan hari aku melayan perasaan aku. Sudah lama aku biarkan perasaan seperti ini berkubur dan membeku, namun malam ini ianya datang mengetuk semula ruang minda dan hatiku yang kosong, dikala ini. Lagu yang sedang bermain di laptop ini sengaja aku biarkan shuffle untuk menaikkan semangat aku semula namun lain yang diharap lain pulak yang menjadi. Semua lagu yang di “shuffle” lagu yang mendayu-dayu. seolah-olah memahami isi hatiku tika ini.

Dari pagi tadi aku tak menjamah sesuatu yang boleh dipanggil makanan. Aku hanya minum air dan makan biskut sahaja. Malas sungguh rasanya hari ini.Seleraku lari entah kemana pagi tadi. Malamnya aku keluar bersama teman serumahku Izah untuk makan malam di PPRT namun selera makanku malam ini hilang bila menu yang aku pesan tiada. Setelah memesan The O Suam kurang manis beserta air suam aku memulakan bicaku dengan izah. Aku bertanyakan pasal perancangan aku dan dia untuk pulang ke kampong halaman kami pada hari Jumaat ini. Hurm walaupon aku boleh dikatakan setiap minggu balik ke Kg halaman aku namun kepulangan aku kali ini aku rasakan sarat dengan pelbagai mainan perasaan yang perlu aku leraikan sebelum aku pulang semuala ke sini.

Selalunya jika aku punya masalah ubat terbaik yang aku akan lakukan adalah pulang dan berjumpa dengan ahli keluargaku. Walaupon mereka tidak berbuat apa- apa dan tidak pon mengetahui permasalahan yang sedang aku hadapi kini, namum menatap wajah riang mereka, mendengar hilai tawa mereka dan melihat keletah mereka , aku rasa sudah cukup untuk membuatkan aku kembali bersemangat semula.

Memori Tanjung Balau masih lagi menghantui mindaku kala ini, Walau kata sudah berucap dan persetujuan telah dicapai entah kenapa aku masih merasa hiba dan sayu seperti ini. Lagu “Selagi ada cinta” dari Ning Baizura dan “ bila rindu” dari Ruffedge membuatkan aku teringat akan semua kisah lama yang pernah berlaku dalam hidupku ini, Sebuah kenangan yang aku simpan sejak setahun yang lalu tanpa sesiapa pon yang menegtahui akan kisah sebenarnya. Aku biarkan diriku melayani perasan ku yang sedang berkecamuk ketika ini. Aku diam tanpa memikirkan apa – apa.

Bantalku yang chomel ini, kupeluk erat dan seolah-olah melepaskan rinduku pada kekasih lama yang telah aku tinggalkan dahulu yang kini entah di mana dia berada. Izah pula sudah lama dibuai mimpi sambil memelok bantal busuknya, sedang aku masih berjaga dan masih setia mendengar lagu – lagu yang bermain di laptop ku ini. Mataku sudah mula melayu perlahan demi perlahan.Fahamlah aku kalau aku sudah mula mengantok. Kuperlahankan “volume" di laptopku dan ku tamatkan apa yang aku tuliskan ini. Duhai malam yang sunyi, kau bawalah segala hibaku ini pergi bersama malammu. Bila mentari mula menyinar esoknya cerialah aku hendaknya.

1.39 pagi – 18.08.9
AMIN