Friday, June 18, 2010

MEMO

Posted by Dee Lunatik at Friday, June 18, 2010 0 comments
Perhatian!
Tolong ambil perhatian kepada yang berkenaan. Tolong STOP berangan yang saya nie pernah sukakan anda yer. Diulangi sila berhenti berangan yang saya nie pernah sukakan anda. Di sini saya ingin memaklumkan yang saya tidak pernah sekalipon sukakan anda dan tak teringin pon untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan anda. Jadi sila jangan ganggu saya lagi dan jangan buat saya marah anda dengan menggunakan kata2 yang sangat kasar bunyinya.
Sekian.

Tuesday, June 15, 2010

Not feeling so well

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, June 15, 2010 0 comments
 
Peningnya!!! Kepala aku skang nie terasa berat sangat seolah2 ada orang letak snggul opera chine plak kat kepala nie dan kalaulah SEKARANG nie aku dapat baring skang sambil tengok cerita afdlin shauki alangkan indahnya hari ini...

Aku rasa aku nak demam nie... Semalam dah la balik kena hujan hari sebelum 2 plak berjaga kat booth Score A di PKNS selama 2 hari.. mau tak lemau badan aku nie... Hurm... bila demam cam nie teringin plak nak makan bubur mcD ngan ice lemon tea. Tapi apakan daya hari ni aku puasa.. so kena la tahan kan... dugaan,,,

Recon, call prospect, ambik kereta kat angah, balik kampung , beli hb kak ema , bank in duit Prof Alya n banyak lagi benda yang ngah bermain di minda aku tika kala ini.. walawei... ayat pujangga sei gua guna.. hahahaktoi....

Kerja pon masih ada yang pending ag nie, so mie kuar dulu yer...

 

Tuesday, June 8, 2010

Sedang Ingin Bercinta

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, June 08, 2010 0 comments
Ahhh bencinya… Kenapa perasaan aku tika ini berdebar – debar dan berbunga kembali??? Apakah aku dilamun chenta??? Tak mungkin kerana aku masih lagi single dan tidak berpunya, tapi entah mengapa hati ini menyanyi lagu cinta hingga menaikkan mood aku. Adakah aku sedang ingin bercinta??? Aduhai… sediakah aku dengan semua ini lagi???



Dah berminggu2 hati ini mengalunkan lagu dan irama cinta namun aku masih menafikannya kerana aku rasa aku belum bersedia lagi. Tapi hatiku ini mengatakan sebaliknya.Puas sudah aku mengawal mindaku supaya tidak mudah mengalah dengan mainan perasaan aku nie namum aaaaahhhhhh sukarnya hanya Allah jer yang tahu.

Kekadang hati ini bertanya dengan siapakah akan aku bercinta selepas ini? Nyatanya aku sendiri masih tiada idea dan tiada clue lansung dengan siapakah bakal aku bercinta kembali. Apa yang aku dapat rasakan sekarang aku sedang ingin bercinta, namum hakikatnya aku tidak mempunyai sesiapa teman lelaki yang rapat denganku seperti sebelumnya. Peliknya lagi aku sendiri pon tak ada minat pada sesiapa pon lagi buat masa nie. Yer la skang kan phase aku window shopping jer. Huhu… tapi kenapakah hati ini kuat menyatakan yang aku sudah bersedia untuk bercinta semula.


Ada perasaan gembira dan gementar bila aku mengetahui yang diri ini sudah mula ingin bercinta lagi namun aku masih risau jika aku berjumpa dengan orang yang salah lagi. Aku tak nak sejarah berulang lagi buat sekian kalinya. Cukuplah siksanya pengalaman lalu yang aku benar-benar menguji kesabaran aku kini aku tak mahu mengharunginya lagi.

Ya Allah jika benar hati ini sedang ingin bercinta, aku mohon kau ketemukanlah aku dengan seorang lelaki yang matang dan dapat membimbing aku ke jalan ISLAM yang sebenar. AMIN

Aper pon aku harap jika benarpon aku sedang ingin bercinta lagi selepas ini, AKU berharap sangat aku tak terburu2 dalam menilai dan membuat keputusan. AMIN!