Friday, September 25, 2009

alahai Mak....

Posted by Dee Lunatik at Friday, September 25, 2009
Serabot... Hatiku runsing... ada sesuatu yang menggangu kotak fikiran ku kini. Entah kenapa hatiku runsing tentang sesuatu dan aku masih tidak dapat mentafsir apakah makna disebalik ini semua. Aku akui, sejak dari balik bercuti sempena raya tempoh hari aku banyak berfikir. Waktu itu apa yang aku risaukan hanyalah perihal kerja aku. Bilakah aku akan pergi meninggalkan tempat ini. Sudah tak sanggup rasanya aku tinggal walau sehari lagi di sini. Sudah tiada kedamaian yang aku boleh harapkan disini lagi. Perihal kerja baru ku ini benar-benar menggangu jiwaku kini. Ahhh kenapalah aku mesti mengunggu untuk mencari sebuah kepastian. Katakan sahaja agar segala gundah aku terhapus kini.

Aku dapat rasakan yang bukan hanya itu yang aku risaukan tika ini. Masih banyak pekara yang aku fikirkan. Raya. Raya kali nie hati ku bercampur baur. Tak pernah pernah aku rasakan perasaan sebegini sebelom ini. Inilah kali pertama ianya terjadi. Emak. Entah kenapa aku begitu risaukan soal emak sekarang ini. Mengenagkan dan mengetahui yang mereka bakal menunaikan haji pada bulan hadapan membuatkan aku merasa gundah dan risau yang amat sangat. Raya kali ini kelakuan emak aku rasakan aneh. Aku cuba melawan perasaan ku ini dan cuba untuk tidak memikirkannya namum aku tak boleh lari dari teringat akan setiap kelakuan mak.

Setahu aku, sepanjang aku hidup dan membesar dengan mak, mak adalah antara orang yang paling tak suka gambar dirinya dirakam baik di dalam video atau camera. Aku ingat lagi , aku pernah kena marah ngan mak sebab tangkap gambar dia dulu. Aku pon tak faham kenapa mak marah sangat gambarnya dirakamkan. tapi Syawal kali ini, emak la antara orang yang paling teruja untuk menangkap gambar keluarga dan gambar kami bersama sanak saudara yang lain. Aku tidak tahulah kalu pekara ini hanya biasa, cume bagi aku apa yang mak lakukan ini pelik. Bayangkan mak yang beria- ia suruh kami berkumpul pada raya ke 2 untuk tangkap gambar studio di kedai. Katanya untuk kenang- kenanngan. Malah setiap kali ada tetamu yang datang pasti mak menyuruh aku atau adik aku menangkap gambar untuk dijadikan kenangan mak. Ayatnya masih sama, untuk kenang-kenanngan mak ngan abah nanti.

Keduanya, setiap kali raya selalunya mak akan menjemput semua saudara mara datang makan dirumah dan makanan akan dihidangkan pada para tetamu. Berbeza dengan tahun ini, mak hanya buat buffet sahaja. katanya senang dan tak penat. Aku setuju tapi bila kebiasaan tu diubah dengan tiba - tiba aku rasakan ada yang tak kena. begitu jugak persiapan raya, tahun ini mak tak berbelanja sangat untuk persiapan raya. Semua kami adik beradik yang uruskan. mak hanya amsak rnedang untuk raya dan makanan pagi raya sahaja. dari bab lain kami yang uruskan. tapi part ini tak begitu menggangu aku kerana awal-awal lagi aku dah g tau mak yang tahun nie biar kami adik beradik yang uruskan persiapan raya.

raya kali ni mak lebih ceria dan tak habis-habis menyatakan hasratnya untuk bermenantu. Angah aku la menjadi mangsanya. mak benar-benar berharap agar angah berkawin dahulu dari kami semua. Angah pulak sama seperti aku masih tidak mempunyai sesiapa dan masih belom bersedia lagi. Mak siap nak mencarikan jodoh lagi untuk angah.

Bila aku kenang-kenang yang insyaallah mak dan abah bakal menunaikan haji tahun nie, aku tiba-tiba risau yang amat sangat. Aku tak minta pekara buruk terhadi dan aku mendoakan keselamatan mereka pergi dan pulang serta keberkatan mereka menunaikan haji.

Ya Allah hanyak kau yang maha mengetahui isi hatiku kini dan hanya kau yang mampu menentukan segalanya. Aku memohon kepadanmu agar kau selamamtkanlah perjalanan kedua orang tuaku ke tanah sucimu nanti. AMIN.

2 comments on "alahai Mak...."

khaizarien on September 28, 2009 at 4:57 PM said...

in'ah xde pape tu

J.MFAIRUS on September 29, 2009 at 11:45 AM said...

Mak awak gembira sangat tu wak...
Raya kali ni saya ada pergi rumah??
;)

Jangan risau...
mungkin dah lama mak tak amek gambar awak adik beradik...
So tu yang dia excited tu...

InsyaAllah diorg dapat Haji yang Mabrur...