Tuesday, August 18, 2009

Kosong

Posted by Dee Lunatik at Tuesday, August 18, 2009
Jam kat laptop aku ni dah melangkaui 12.57 minit pagi. Aku masih di sini sendirian melayani perasaanku yang satu ini. Hari ini aku lalui dengan penuh hiba. Talifon bimbitku yang sudah ketiadaan kredit. Sengaja aku biarkan ia tidak ber isi , setiap msg yang masuk aku hanya membacanya sepi tanpa memberi sebarang reaksi suka atau tidak Setiap panggilan yang kuterima aku lihat dahulu siapa pemanggilnya jika penting aku jawab jika tidak aku biarkan sahaja ianya berdering tanpa sesiapa pon menjawabnya.

Hari ini aku isytiharkan hari aku melayan perasaan aku. Sudah lama aku biarkan perasaan seperti ini berkubur dan membeku, namun malam ini ianya datang mengetuk semula ruang minda dan hatiku yang kosong, dikala ini. Lagu yang sedang bermain di laptop ini sengaja aku biarkan shuffle untuk menaikkan semangat aku semula namun lain yang diharap lain pulak yang menjadi. Semua lagu yang di “shuffle” lagu yang mendayu-dayu. seolah-olah memahami isi hatiku tika ini.

Dari pagi tadi aku tak menjamah sesuatu yang boleh dipanggil makanan. Aku hanya minum air dan makan biskut sahaja. Malas sungguh rasanya hari ini.Seleraku lari entah kemana pagi tadi. Malamnya aku keluar bersama teman serumahku Izah untuk makan malam di PPRT namun selera makanku malam ini hilang bila menu yang aku pesan tiada. Setelah memesan The O Suam kurang manis beserta air suam aku memulakan bicaku dengan izah. Aku bertanyakan pasal perancangan aku dan dia untuk pulang ke kampong halaman kami pada hari Jumaat ini. Hurm walaupon aku boleh dikatakan setiap minggu balik ke Kg halaman aku namun kepulangan aku kali ini aku rasakan sarat dengan pelbagai mainan perasaan yang perlu aku leraikan sebelum aku pulang semuala ke sini.

Selalunya jika aku punya masalah ubat terbaik yang aku akan lakukan adalah pulang dan berjumpa dengan ahli keluargaku. Walaupon mereka tidak berbuat apa- apa dan tidak pon mengetahui permasalahan yang sedang aku hadapi kini, namum menatap wajah riang mereka, mendengar hilai tawa mereka dan melihat keletah mereka , aku rasa sudah cukup untuk membuatkan aku kembali bersemangat semula.

Memori Tanjung Balau masih lagi menghantui mindaku kala ini, Walau kata sudah berucap dan persetujuan telah dicapai entah kenapa aku masih merasa hiba dan sayu seperti ini. Lagu “Selagi ada cinta” dari Ning Baizura dan “ bila rindu” dari Ruffedge membuatkan aku teringat akan semua kisah lama yang pernah berlaku dalam hidupku ini, Sebuah kenangan yang aku simpan sejak setahun yang lalu tanpa sesiapa pon yang menegtahui akan kisah sebenarnya. Aku biarkan diriku melayani perasan ku yang sedang berkecamuk ketika ini. Aku diam tanpa memikirkan apa – apa.

Bantalku yang chomel ini, kupeluk erat dan seolah-olah melepaskan rinduku pada kekasih lama yang telah aku tinggalkan dahulu yang kini entah di mana dia berada. Izah pula sudah lama dibuai mimpi sambil memelok bantal busuknya, sedang aku masih berjaga dan masih setia mendengar lagu – lagu yang bermain di laptop ku ini. Mataku sudah mula melayu perlahan demi perlahan.Fahamlah aku kalau aku sudah mula mengantok. Kuperlahankan “volume" di laptopku dan ku tamatkan apa yang aku tuliskan ini. Duhai malam yang sunyi, kau bawalah segala hibaku ini pergi bersama malammu. Bila mentari mula menyinar esoknya cerialah aku hendaknya.

1.39 pagi – 18.08.9
AMIN

3 comments on "Kosong"

Framestone on August 20, 2009 at 9:15 AM said...

sikit pun xterlintas pasl aku yg kesunyian time tido he..23x (tido sorg2 best... xperlu nk cover2 huhu)

out of topic--> pe2 kate ko permudahkan je kami he...23x kan sonang huhuhu... Ida dah nk masuk 2 dah nie...

qayzarien on August 20, 2009 at 11:11 AM said...

halop dee....zarien's here....xmau ingt kisah lalu...truskan khidupan nie ek

Dee on August 24, 2009 at 1:09 PM said...

Syuk : Nak wat cam ner... Orang yg aku ada 2 tak cukup matang tok aku waktu tu la...

Ida : hihihi dia bahgia... aku tumpang gembira... Aku??? masih mencari calon untuk dibuat suami... tak mao bf atau scandal lagi... hikhikhik


Ayien : thanx babe... memang tak mau ingat kisah lama... semangat baru dah skang nie.... hikhikhik.. cume banayk plak yg kaco la...