Saturday, August 29, 2009

Ramadan datang lagi...

Posted by Dee Lunatik at Saturday, August 29, 2009
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 8 kita semua berpuasa. Kepada yang berpuasa Selamat menuniakan ibadah puasa dan kepada yang uzur jangan lupa ganti balik nanti dan kepada yang memang sengaja malas nak puasa semoga anda suatu hari nanti anda akan mendapat sinar keinsafan di jalan yang benar.

Puasa kali ini aku berada jauh dari kawan-kawan dan keluarga. Pengalaman pertama berpuasa di perantauan tanpa insan tersayang di sisi tidak banyak bezanya dengan puasa – puasa sebelumnya. Kalau ada pon sekarang aku dah tak keluar merayap melepak di kedai makan sampai kol 3 pagi semata-mata nak sahur ngan boyfriends’ aku lagi, atau aku dah tidak dikejutkan bangun sahur dengan suara merdu mak aku lagi, aku dah tidak segairah dahulu untuk membeli keperluan raya seperti menempah baju bersama – sama kekasih hati atau sibuk menolong mak untuk menyediakan juadah berbuka. Sekarang aku cuma ada Izah, teman sebilik yang aku dah anggap sebagai adik aku sendiri.

Kehidupan di sini serba sedahana.Tiada apa yang memberatkan. Ibadah tarawikh aku lakukan seperti tahun-tahun sebelumnya cume sahur jer aku dah tak bangun untuk makan seperti dahulu lagi.

Ramadan banyak mengajar aku erti kesabaran dan kesyukuran. Semua perasaan marah , syakwasangka , ragu – ragu dan prasangka buruk aku tinggalkan disini. Aku juga berdoa agar ramadhan kali ini memberi aku kerahmatan yang berlipat kali ganda dari sebelumnya dan akan dapat menyucikan hati aku dari berperasangka buruk sesame manusia yang lain.

Sempat juga aku kembali ke kampong halaman aku di Slim untuk menyambut Ramadan pertama bersama keluargaku. Walaupon perjalanan dari Sg.rengit ke Slim memakan masa hampir 7 jam tapi alhamdulillah aku selamat sampai juga ke kampong halaman ku. Sahur pertama aku bersama keluargaku tahun ini mencuit kembali ingtan pertama aku sewaktu kecil dahulu. Meriah sungguh waktu tu. Kami ramai-ramai akan duduk di dapur untuk makan. Lauk yang mak masak pon banyak sebab kami ramai.


Selalunya waktu hari pertama sahur mak akan memasak lauk yang berasaskan ayam sebab nak umpan kitaorang supaya semangat berpuasa dan bersahur. Kemudian kami adik beradik dah mula bertanya pasal baju raya dan duit raya kepada abah. Abah hanya senum jer dan cakap puasa la dulu nanti abah belikan. Abah insan yang paling aku sayang kat muka bumi Allah ni tak pernah nak menghampakan permintaan anak-anaknya walau sekalipon. Terima kasih abah atas semuanya. Sekarang giliran akak pulak balas jasa abah yer.

Selalunya mak akan mula mencari kain untuk dibuat baju kurung seminggu selepas berpuasa. Waktu tu aku sedar mak ngan abah bukannya ada duit sangat pon, namun mereka tak pernah nak menjadikan itu alasan untuk tidak memenuhi tuntutan anak-anak mereka dan tanggungjawab mereka sebagai mak dan abah kepada kami semua. Bila dikenang-kenang besar sungguh pengorbanan mereka berdua. Aku tak rasa aku mempu membalasnya sebaik mana mereka pernah beri pada aku.

Suasana nak menjelang raya amat meriah. Waktu tu mak akan menyuruh kami semua mengemas rumah. Tempat utama yang akan dikemas ruang dapur,ruang tamu,bilik aku dan toilet. Aku ingat lagi macam mane suasana tu. Meriah sungguh. Memandangkan aku dulu duduk di quarters balai maka kemeriahannya sungguh luar biasa. Aku dapat lihat semua rumah di sekitar blok aku duduk tu melakukan pekara yang sama seperti keluarga aku sedang lakukan. Mengemas untuk memastikan tetamu berasa selesa di rumah menjelang raya nanti.Waktu tu masing-masing akan memasang lagu raya. Memang meriah. Ahhh rindunya aku pada zaman itu. 2, hari sebelom raya aku dah mula memasang langsir dan mak pon dah mula membeli barang basah untuk dibuat lemang,rendang dan lontong. Ni kira menu wajib tiap- tiap tahun la. Hihi

Abah memang teror masak lemang. Sapa yang tak rasa sila datang kerumah tok rasa yer. Hahahah. Mak plak memang teror masak rendang. Aku hanya teror makan jer. Tak susah pon nak datang kerumah Pak Deris (Abah) ngan Mak Idah (Mak) ni. Kuar jer tol Slim ambik susur ke kiri dan masuk simpang pertama selepas bus stand.Then terus naik ke atas dan cari rumah corner lot yang tiada pagar. hahahha

Bila dikenang-kenangkan semula kenangan tu buat aku tersedar seketika dimana aku berada sekarang dan siapa aku. Tak sangka sungguh sudah 24 tahun aku hidup di dunia ini. Sepanjang 24 tahun ini belum pernah sekali lagi pon lagi aku benar-benar berada sejauh ini dari keluargaku. Satu pengalaman yang menarik untuk aku simpan. Jika dulu aku tak sabar-sabar nak cepat menjadi dewasa kini aku mula merindui zaman kanak-kanak aku yang penuh dengan kegembiraan.

Buat abah dan mak, akak mintak maaf jika sepanjang akak membesar ni, akak banyak menyusahkan abah dan mak dengan kerenah akak yang macam-macam nie. Terima kasih kerana abah dan mak sempurna mendidik akak menjadi insan yang berguna.Akak tahu akak banyak menyusahkan abah dan mak selama ini, insyaallah jasa baik abah dan mak akak akan balas selagi nyawa dikandung badan.

Buat Ramadan, aku mengharapkan kerahmatan yang akan engkau limpahkan bagi umat yang berpuasa dan beribadat di dalam bulan kemuliaan mu ini. Semoga aku dan seluruh ahli keluargaku akan dirahmati. AMIN

1 comments on "Ramadan datang lagi..."

fadina on February 17, 2010 at 12:27 PM said...

terasa kesayuan aku baca dayah....secara tak langsung aku pun ingat memori lama tu sebab kite JIRAN.......