Wednesday, February 3, 2010

Scandal??? Ops,,,

Posted by Dee Lunatik at Wednesday, February 03, 2010
Scandal

Satu perkataan yang boleh menimbulkan curiosity bagi sesiapa jua yang mendengar dan mengalaminya sendiri. Kenapa agaknya ada diantara kita memilih untuk memiliki scandal? Lama aku kaji bab nie dan aku rasa aku nak kongsikan sedikit dari apa yang aku tahu.

Dari pengamatan aku, scandal ada berbagai2 jenis. Ada orang memilih untuk “berscandal” dengan suami orang, girlfriends atau boyfriends orang, atau isteri orang. Walau dengan siapa pon mereka menajalinkan hubungan sulit itu mereka pasti mempunyai alasan2 yang tersendiri mengapa mereka memilih jalan e2.Tujuan aku disini bukan nak mengaibkan sesiapa. Cuma dari pengamatan aku, individu yang memilih untuk menjalinkan hubungan sulit nie hanya mahukan kegembiraan semata2. Logiknya mungkin begini.

Bagi yang sudah berkahwin, alasan mereka mencari pasangan lain di luar mungkin kerna mereka mahukan sesuatu kelainan dalam kehidupan mereka. Yer la mungkin kerna perkahwinan yang dibina dah tak ada element surprise lagi atau perhubungan e2 mempunyai masalah tersendiri menyebabkan mereka mencari keseronokkan diluar dengan sesiapa sahaja yang berminat. Bagi lelaki gadis2 remaja menjadi sasaran mereka kerana girl nie lebih energetic dan dapat memenuhi kehendak mereka untuk merasa muda kembali. Bagi perempuan pula mereka selalunya mencari lelaki yang memahami dan dapat menyediakan masa untuk mereke seperti mendengar luahan hati mereka dan sentiasa memberi semangat kepada mereka bila mereka rasa down @ gembira.

Bagi pasangan muda yang sudah memiliki couple sendiri pula (baik lelaki mahupun perempuan) terdapat beberapa sebab yan mungkin dijadikan alasan kenapa mereka memilih untuk mencari pasangan lain untuk dijadikan spare part @ spare tyre @ scandal. Pertamanya DUIT. Yang nie dulu memang kita dengar dan tahu perempuan lebih suka pasang banyak2 sebab kalau hanya stand dengan satu lelaki ja cam mana kehendak mereka nak dipenuhi betol tak. Tapi zaman sekarang nie lelaki pon dah banyak yang suka kikis duit perempuan. Tak perlu nak dinafikan kerana zaman sekarang ni NO MONEY NO TALK babeh…Keduanya untuk dibuat PILIHAN. Yerla orang kata kawan biar beribu kasih biar satu. Tapi sekarang kan zaman seba boleh. Kena la advance sikit, kiranya sediakan payung sebelom hujan la.Lazimnya mereka akan menilai dari semua aspek. Pekerjaan, taraf pendidikan, kewangan, latar belakang, rupa paras dan sebagainya.Cinta sejati 2 hanya wujud bagi zaman cinta monyet aja. Mana yang bertahan 2 alhamdulillah la maner yang tak 2 tak la. Tapi mungkin mereka sendiri punya alasan kenapa memilih untuk mencari spare part. Ketiganya saja SUKA2.Yer la kalau gaduh ngan pasangan masing2 atleast ada la somebody else untuk bermaja2 kan.

Bagi girl yang tak der pasangan plak, mereka mungkin menjalinkan hubungan dengan orang yang sudah memiliki pasangan sendiri kerana factor2 berikut. Pertamanya kesuyian. Ye la bila dah pernah merasa bercinta dan ditinggalkan mestila sedih. Jadi untuk mengisi kesunyian mereka 2 mereka mencari sum1 untuk dijadikan teman tapi mesra.Keduanya financial. Mungkin dulu dah biasa sangat di taja oleh bf sendiri jadi tabiat 2 dah sukar nak dikikis kot. Nak2 plak bila terjumpa ngan lelaki yang beharta mesti dia tak nak lepaskan peluang nie kan. Ketiganya perasaan untuk disayangi. Yang nie lebih kurang cam alasan pertama tadi jugak la. Yang ke empat plak girl nie memang nak mencari pasangan hidup. Mungkin kerana dah lama lonely dan akhirnya terjumpa dengan sum1 yang menabur semuala janji manis untuk hidup bersama 2 yang buat dia nekad nak teruskan perhubungan ni. Semua nie bergantung dengan siapa mereka menjalinkan hubungan. Suami orang @ boyfriend orang @ tunangan orang.

Bagi lelaki single plak juga terdapat beberapa factor. Pertama keinginan untuk disayangi dan dimiliki oleh seseorang. Yer la nak juga rasa dibelai2 dan dimanja2 oleh wanita.Keduanya financial. Yang nie merujuk kepada lelaki yang jadi TOYBOY untuk wanita yang sudah berkahwin tap tak dilayan oleh pasangannya lagi. Hanya dengan berbekalkan kesetian dan janji manis yang macam2 senang aja mereka nie nak dapat duit esp bagi yang ada rupa paras yang menarik.Ketiganya untuk keseronokkan dan hubungan intim. Well Man will always be a MAN. Tak kan ada satu lelaki pon di dunia yang serba moden nie tak nak benda nie walau sealim maner pon orang 2. Kalau dah hari2 melihat wanita jelita di depan mata mesti akan terdetik di hatinya walau sekalipon keinginan ke situ. Untung2 kalau kena yang sama2 sempoi lagi senang cerita. Tak der la complicated sangat kalau nak tinggalkan pon..

Aku yakin mesti ada alasan2 lain yang menyebabkan mereka memilih untuk mencari pasangan lain nie. Apa yang aku nyatakan nie mungkin ada sedikit dari reality kehidupan sebenar. Cuma persoalan sekarang nie seronok ker berscandal nie? Jawapannya tepuk dada tanya la selera. Cuma apa yang pasti, pasangan yang berscandal adalah bersifat menyeronokkan. Jadi kalau ada diantara korang memilih untuk membebankan pasangan scandal korang dengan masalah2 luv life korang mungkin kurang bersesuaian kot. Sebab orang yang berscandal ni hendakkan kegembiraan dan melupakan kesedihan atau keboringan hidup yang mereka sedang jalani dengan pasangan2 mereka ni. Kalau tak buat apa mereka mencari orang lain untuk menggembirakan mereka. Right? Well at least that what I was thinking on, not sure about u guys. Satu lagi bila berscandal nie, jangan la nak bermimpi nak merajuk2 lelebih sebab kalau partner dia dah start buat cam 2 equla 2 BYE2 la. Becoz element fun 2 dah tak der n u become part of their problem. Kalu merajuk sikit2 2 ok la kot tapi kalau lelebih 2 wasalam jer la.Kalau dapat yang sama2 ok 2 luck la kot. Wow did I jus say that? hihihi

Yer aku tau apa apa yang aku katakana ini tidak disusuli dengan fakta2 yang lengkap seperti draft survey ker keratan akhbar ker apa bukti aja la tapi aku menceritakan dari apa yang aku lihat,amati,dengar dan selidik sendiri. Pengamatan ak melihat telatah kawan2 dan kenalan di sekeliling aku membuatkan aku rasa topic nie menarik tok dituliskan. Kalau korang rasa berguna bagus la kalau korang rasa tak betol korang abaikan aja story ni dan kalau ada comment sila email kat saya atau leave aja comment 2 kat sini k. Aper pon cerita ni aku coretkan kerna 1 otak aku ngah tepu ketika ini keduanya hanya sekadar luahan dari apa yang aku tahu. Jika ditanya pada aku adakah aku akan memilih untuk memiliki scandal jawapan aku NO COMMENT. Kerna aku tau kalau aku cakap tak mesti last2 aku terkena juga. TUHAN akan menguji kita dengan apa jua cara sekalipon bagi setiap tindakan yang kita pilih. Kalau aku cakap ya apa gilakah akan aku??? Nak cari nahas betol nampaknya!!! Apa yang mampu aku lakukan berdoa mudah-mudahan pekara sebegitu dijauhkan dari aku. AMIN

Apa2 pon skang nie aku tak der partner. Sama ada korang pecaya atau tak 2 hak korang la. Apa yang akan terjadi kemudian hari biar Allah sahaja yang menentukan dan untuk aku terokai dan alami sendiri nanti. Jadi Renung2kan apa yang aku coretkan ini dan selamat beramal…
-XOXO-
(^_^)

3 comments on "Scandal??? Ops,,,"

-aTie- on February 4, 2010 at 1:18 PM said...

scandal - saje wat suke suki n nak ilangkan sunyi... itu perkara biase...kalo serius bukn scandal kot...

Khaizarien @ atie Blog

Dee Lunatik on February 9, 2010 at 11:37 AM said...

betol cik atie... scandal sifatnya memang cam gitu la kan... hanya nak fun jer... kalau serious dah bukan scandal ag 2...

fadina on February 17, 2010 at 12:24 PM said...

dayah rajinnye ko menaip...tak terbaca aku wei hehehe......